|
DUA penyerang berbisa - Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya - sudah bersedia menggalas harapan dan impian penyokong setia Terengganu bagi membantu pasukan itu melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini.\rMereka melafazkan tekad akan memberi aksi terbaik terutama membolos benteng pertahanan Kelantan pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu, malam ini.\r\n\n\n\n\r “Kami ada kelebihan dua gol namun tidak harus cepat berpuas hati. Kami perlu memberi tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak akan mensia-siakan peluang yang hadir,” kata Abdul Manaf, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Pandangan itu turut dikongsi Abdul Hadi yang yakin Terengganu mampu menang biarpun bermain di hadapan ribuan penyokong The Red Warriors.\rApapun, dia akur kehilangan dua tonggak utama -Ismail Faruqi As’hari dan Mohd Zubir Azmi - yang dilayang kad merah pada aksi perlawanan suku akhir pertama menjejaskan cabaran.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|