CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Bekas bintang negara soal status pengadil

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
INSIDEN dan drama \'Perang Timur\' antara Kelantan dan Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu - yang menyaksikan  lima kad merah dan 13 kad kuning dilayang - perlu diselesaikan bagi mengelakkan kemeriahan Piala Malaysia terjejas.\rTindakan ‘beremosi’ pengadil yang difahamkan bilangan kad paling banyak pernah dilayang dalam satu perlawanan Piala Malaysia sejak 1921 turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan penggiat serta peminat bola sepak tempatan.\r\n\n\n\n\r  Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berpendapat seseorang pengadil itu perlu ‘penyelidikan awal’ berkaitan pasukan dan profil perlawanan sebelum turun menjalankan tugasan.\r\r\n\n\n\n\n “Pengadil perlu pandai mengatasi situasi terutamanya apabila perlawanan membabitkan pasukan yang sentiasa mendapat perhatian ramai seperti Kelantan dan Terengganu.\r“Saya tidak menonton perlawanan itu dan saya tidak tahu mengenai kejadian itu tapi saya tidak mahu ia berterusan kerana tidak mahu ‘prestij’ bola sepak negara akan terjejas. Berdasarkan pengalaman saya, lima  kad merah dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang mengarut,” katanya ketika dihubungi semalam.\rSementara itu, Mat Zan Mat Aris mahu semua pengadil perlawanan saingan Liga Malaysia mempersiapkan diri dan perlu memastikan mereka betul-betul berkelayakan mengadili perlawanan.\r“Kita tahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada senarai pengadil bertauliah namun pengadil itu sendiri perlu pastikan mereka layak mengadili perlawanan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037395 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list