CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Mesir haramkan slogan undi berunsur agama

[Copy link]
Post time 11-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Majlis Tentera yang memerintah Mesir meminda peraturan pilihan raya dengan melarang penggunaan slogan berunsur agama yang dipercayai bertujuan memaksa pertubuhan Ikhwanul Muslimim mengkaji semula penggunaan frasa  tradisinya ketika berkempen, iaitu \'Islam adalah penyelesaian.\'\rKeputusan itu menyusuli pertempuran antara penduduk Kristian dengan anggota keselamatan menyebabkan 24  maut dan lebih 200 lagi cedera, kekacauan terburuk selepas bekas pemimpin, Hosni Mubarak digulingkan, Februari lalu.\r\n\n\n\n\rPenduduk Kristian meliputi 10 peratus daripada 80 juta warga negara Mesir, menyalahkan Majlis Tentera kerana terlalu berlembut, walaupun serangan anti-Kristian berlaku beberapa kali sejak Mubarak digulingkan.\r\r\n\n\n\n\nKetika pemerintahan Mubarak, Ikhwanul Muslimin diharamkan, tetapi kini mahu meletakkan calon sebagai ‘bebas’, yang boleh dikenal pasti menerusi poster dengan slogan berkenaan.\rRamai ahli politik liberal dan rakyat Mesir bimbang dengan peningkatan pengaruh pertubuhan berkenaan sejak kebangkitan rakyat sehingga menyingkirkan Mubarak yang memaksa ia meredakan kebimbangan itu dengan berkata, ia mahukan demokrasi tulen dan tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.\r“Kempen pilihan raya berdasarkan penggunaan slogan berunsur agama atau perkauman atau jantina diharamkan,” menurut perintah kuasa majlis tentera yang dikeluarkan Sabtu lalu, menambah sesiapa yang melanggar peraturan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda.\rJawatankuasa pilihan raya terdahulu berkata, parti Kebebasan dan Keadilan pertubuhan itu tidak boleh menggunakan slogan sedia ada, memaksa sebahagian ahlinya mendesak ia dibenarkan.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, pegawai Ikhwanul Muslimin menerima perintah itu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047784 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list