View: 172|Reply: 0
|
Drumah anjur pameran di Mid Valley pada 2012
[Copy link]
|
|
DRUMAH Homely Publication Sdn Bhd (Drumah) akan menganjurkan Pameran Usahawan dan Inovasi Eilmu pada 24 hingga 26 Februari tahun depan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. \rIa bertujuan untuk membantu usahawan teknologi memperoleh maklumat mengenai dana dan inisiatif kerajaan selain platform mempromosi produk dan perkhidmatan yang dikomersialkan oleh usahawan tempatan.\r\n\n\n\n\r Menerusi kerjasama dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Open University Malaysia, ekspo itu adalah inisiatif TM.Ads Solution untuk membantu usahawan dalam memperkayakan isi kandungan digital negara melalui portal Eilmu.\r\r\n\n\n\n\n Pengurus Besar Drumah, Nasruddin Abdul Ghani, berkata ekspo itu bakal menghimpunkan produk dan perkhidmatan teknologi tempatan terbesar yang pernah diadakan. \rPada mereka yang ingin memperoleh maklumat menyeluruh mengenai pameran teknologi ini boleh menghubungi talian 03-91717207 atau lawati www.drumah.org untuk pendaftaran dalam talian.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|