CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Universiti haram purdah kena serbu

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
TUNIS: Sekumpulan aktivis menyerbu sebuah universiti di Tunisia, Sabtu lalu, kerana enggan menerima kemasukan seorang pelajar wanita berpurdah, mendedahkan suasana tegang dalam isu agama yang dijangka menjadi fokus pilihan raya bulan ini.\rPilihan raya Tunisia bermula pada 23 Oktober, pilihan raya pertama sejak pemberontakan penduduk meletus di beberapa negara Arab. Pilihan raya terbabit ditandingi penyokong pelaksanaan undang-undang agama dengan penduduk sekular yang percaya nilai liberal terancam.\r\n\n\n\n\r   “Setiausaha Agung universiti diserang pagi ini oleh sekumpulan pelampau agama,” kata Moncef Abdul Jalil, seorang ketua fakulti di universiti Sousse, kira-kira 150 kilometer ke selatan ibu negara Tunisia.\r\r\n\n\n\n\n   Kira-kira 200 penduduk membuat bantahan di luar fakulti dan menyerbu bangunan sambil membawa kain rentang menuntut hak pelajar untuk memakai purdah, kata Abdul Jalil yang dipetik agensi berita TAP.\r“Kejadian ini menyebabkan ramai pelajar dan profesor risau,” katanya.\rSaksi memberitahu, selepas kejadian itu, ramai anggota pasukan keselamatan mengepung bangunan fakulti untuk menghalang keadaan lebih teruk.\rPergaduhan di Sousse menyebabkan kemarahan  ahli sekular menerusi  Facebook. Berikutan gesaan secara online  bagi bantahan balas, kira-kira 200 wanita  berhimpun di El-Menzah.  – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.354660 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list