CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Fragmen: Kenapa takut sangat filem, cerita seram?

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Fragmen: Kenapa takut sangat filem, cerita seram?Oleh Zainuri [email protected]/10/10\n\n\n\n\n\n\n\nFILEM seram adalah filem yang mengandungi cerita tidak menyenangkan hati kerana menyuntik emosi mendebarkan, jijik, ngeri dan ketakutan. Filem ini sering mempunyai adegan yang mengejutkan penonton melalui cara-cara mengerikan dan selalunya berkait rapat dengan alam ghaib, sering bertembung dengan genre fantasi dan fiksyen sains. Kengerian juga sering bertindih dengan genre thriller.\rIstilah ‘filem seram’ atau ‘horror movie’ muncul dalam tulisan pengkritik dan pengulas industri filem sebagai tindak balas kepada filem keluaran Universal Studios seperti Dracula (1931) dan Frankenstein (1931). Sejak itu, istilah filem seram digunakan hingga sekarang.\r\n\n\n\n\rFilem seram berkaitan dengan mimpi buruk penonton, tersembunyi satu peristiwa menakutkan, perubahan perasaan atau reaksi secara tiba dan menyeluruh atau dikenali sebagai revulsions, dan keganasan yang tidak diketahui. \r \r\n\n\n\n\nTeks dan naratif filem seram juga ada pelbagai, tapi paling kerap digunakan ialah elemen alam ghaib misteri. Ada filem seram yang mengandungi plot mengenai kecacatan, pembunuh bersiri, wabak penyakit /virus dan surrealisme.\rPlot yang ditulis dalam genre seram yang sering membabitkan pencerobohan kuasa jahat, peristiwa mengerikan, kejadian luar biasa berasal dari alam ghaib, ke dalam dunia setiap hari. \rTema atau unsur yang sering berleluasa dalam filem seram tipikal termasuk hantu, penderaan, keganasan, serigala jadian (werewolves), kutukan kuno, Satanisme, syaitan, binatang jahat, pontianak, kanibal, rumah berhantu, zombi dan pembunuh.\rCerita ghaib tidak semestinya sentiasa filem seram juga. Filem seram awal adalah sebahagian besarnya berdasarkan kesusasteraan klasik genre Gothic/seram, seperti Dracula, Frankenstein, Phantom Opera, dan Dr Jekyll dan Mr Hyde. \r\n\n\n\n\rKecuali kepercayaan mistik dan alam ghaib, hampir semua elemen dalam filem seram Barat, tidak ada dalam filem seram tempatan. Filem seram adalah cerita berbentuk fiksyen. Ada fiksyen sains dan fiksyen seram. Fiksyen sains selalunya menggambarkan makhluk pelik dari angkasa lepas yang sesetengahnya diberi gambaran sangat hodoh, juga macam hantu.\rPerspektif hantu dipandang daripada sudut berbeza, mengikut budaya setempat. Di Asia, ceritanya hantu adalah wanita, sedangkan di Barat, adalah lelaki. Hantu popular di Barat ialah Drakula selain Frankestien dan Zombie. Di sebelah Asia, seperti Malaysia dan Indonesia, watak utama hantu ialah wanita seperti pontianak. Filem Nangnak dari Thailand dan Ju-On daripada Korea Selatan adalah antara filem Asia yang mengetengahkan wanita sebagai hantu. \rTapi perbezaan ketara filem seram tempatan ialah tiada babak ganas dan kejam seperti mana dalam kebanyakan filem seram dari Barat, mahupun Thailand dan Jepun. Kebanyakan filem seram tempatan berkait rapat dengan fahaman mistik dan mitos orang Melayu. \rSegelintir masyarakat dan ahli akademi yang menulis mengenai lambakan filem seram mungkin belum memahami sistem dan industri perfileman tempatan.\rDaripada sudut industri, banyaknya filem seram diterbitkan adalah mengikut kehendak pasaran. Penonton iaitu pasaran filem, ketika ini memberi sambutan cukup baik kepada filem genre seram. Filem seram dalam bahasa Melayu turut menarik penonton daripada kaum bukan Melayu. Ini bermakna pasaran yang baik kepada penerbit filem tempatan. \rKalau 10,000 hingga 15,000 penonton bukan Melayu menonton filem Melayu, itu adalah satu kejayaan. Ia menunjukkan tema seram adalah bersifat universal.\rPenghasilan filem seram ini juga sebenarnya boleh dianggap sebagai satu trend. Apabila penonton sudah bosan dan mula beralih kepada cerita aksi atau drama cinta, maka ramailah penerbit filem akan menghasilkan filem mengikut genre itu.\rFaktor sistem juga harus difahami. Lambakan filem seram kerana secara kebetulan sistem penayangan filem sekarang adalah mengikut giliran. Orang ramai harus tahu apabila filem sudah siap penggambaran, bukan bermakna boleh terus ditayang di panggung. Sebaliknya, kena tunggu mungkin enam bulan atau setahun. Dan dalam tempoh itu, ada syarikat lain juga sedang buat filem seram.\rJusteru, apabila tiba tarikh penayangan, kebetulan banyak pula filem seram sudah siap dan sedia ditayangkan. Semua filem ini pula memohon tarikh penayangan serentak. Dan dari sinilah, berlakulah apa yang dikatakan lambakan filem seram.\rMengupas persoalan filem seram dengan tahyul dan khurafat juga perlu dibuat secara berhati-hati. Kita tidak nafikan, perlu dielakkan, malahan tidak dibenarkan penayangan filem seram yang jelas mempermainkan soal tahyul, khurafat dan akidah. Begitu juga dengan filem kita yang mempersendakan agama Islam dan ayat al-Quran. Bukan saja diharamkan daripada ditayangkan, tetapi pembikin filem yang mempermainkan dan mempersendakan Islam juga patut dijatuhi hukuman sewajarnya sebagai pengajaran. \rCuma dalam konteks ini, kita tertanya-tanya adakah mereka yang membicarakan soal filem seram ini adakah benar-benar menonton filem seram? Adakah mereka membeli tiket  dan masuk di panggung wayang, lalu kemudian menontonnya mengakui sesebuah filem itu sesat, tahyul dan sebagainya. Persoalan ini mungkin remeh, tetapi penting kerana usah buat sesuatu berdasarkan andaian. \rYang seram, yang agak tahyul mungkin hanya dua tiga babak sahaja, sekadar untuk bercerita, tetapi keseluruhan filem seram itu tidaklah menceritakan soal hantu. Kenapa kita tidak melihatnya sebagai satu ikhtibar iaitu dalam keadaan apa sekalipun, tiada apa yang lebih besar dan berkuasa melainkan Allah. \rKenapa kita tidak melihat pengajarannya iaitu jangan sesekali menyekutukan Allah, jangan sesekali percaya kepada tipu daya syaitan dan iblis. Kita harus membuat kesimpulan selepas menonton keseluruhan ceritanya sehingga habis, bukan mengikut babak demi babak. Bagi kita, selepas menonton filem seram ini, yang menjadi isu ialah mesej yang hendak diketengahkan sampai kepada penonton atau tergantung! \rLagipun semua filem seram tempatan dikawal ketat oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Toleransi LPF melepaskan filem seram untuk ditayangkan kerana mengambil kira sikap terbuka, tahap pendidikan tinggi dan pemikiran orang Melayu dan Malaysia yang sepatutnya sudah dianggap maju, moden dan waras. \rLagipun setiap filem seram ini sudah tertera tanda amaran seperti 18SG, 18SX, 18PA dan 18 PL yang ditetapkan oleh LPF. Tanda 18SG bermaksud filem itu adalah unsur seram dan ganas tidak keterlaluan, untuk 18SX bermakna unsur seks tidak keterlaluan, manakala 18PA pula mengandungi elemen sensitif, seperti politik, budaya dan agama dan untuk tanda 18PL filem yang mengandungi semua unsur. Jadi, kalau ada filem yang bertanda amaran itu, tepuk dada tanyalah selera, hendak menontonnya atau tidak? -  \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 1.218655 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list