|
TOKYO: Andy Murray bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan juara bertahan dan pilihan pertama, Rafael Nadal 3-6, 6-2, 6-0 dan menjuarai tenis Terbuka Jepun, semalam.\rPemain nombor empat dunia dari Britain itu - yang segar daripada menjuarai Terbuka Thailand, minggu lalu bermula hambar ketika menentang Nadal dalam pertemuan ke-18 sesama mereka tapi menemui sentuhan pada set kedua.\r\n\n\n\n\r Ia adalah kemenangan kedua bagi pemain tinggi lampai itu dalam tempoh dua minggu dan menamatkan impian Nadal muncul lelaki pertama sejak Pete Sampras pada 1993-94 mengekalkan mahkota di Tokyo.\r\r\n\n\n\n\n “Saya bermain tenis hebat, khasnya dalam set ketiga. Saya berjaya mendapatkan rentak dan tidak memberi ruang kepadanya selepas itu,” kata Murray.\rNadal, 25, akur servis Murray terlalu bagus pada saat genting dalam permainan.\r“Servis lawan menakjubkan pada saat-saat penting. Servis Andy bagus hari ini,” kata pemain nombor dua dunia itu.\rIni adalah gelaran keempat Murray, musim ini selepas kejayaan di London, Cincinnati dan Bangkok.\r\n\n\n\n\rMurray meningkatkan rekod ke atas Nadal kepada lima kemenangan dan kalah 13 kali. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|