|
Jagoan Britain catat masa terpantas dua sesi latihan di Litar SuzukaSUZUKA: Pemandu Britain Jenson Button membuktikan dia mampu memaksa Sebastian Vettel bekerja keras untuk memenangi mahkota kejuaraan keduanya apabila mencatat masa terpantas dalam kedua-dua sesi latihan bebas di Grand Prix Jepun, semalam.\rPemandu McLaren berusia 31 tahun itu, selepas mendahului pada sesi latihan pagi, mencatat masa terpantas 1 minit 31.901 saat ketika tempoh masa sesi latihan tengahari berbaki 31 minit daripada 90 minit yang ditetapkan di Suzuka.\r\n\n\n\n\r Juara dunia 2009 itu ketinggalan 124 mata di belakang pemandu Red Bull Vettel dengan baki lima perlumbaan musim ini, bermakna dia perlu menang semua baki perlumbaan Grand Prix dan mengharapkan Vettel menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 atau lebih dalam semua baki perlumbaan bagi menafikan pemandu Jerman itu kejuaraan berganda.\r\r\n\n\n\n\n Vettel, yang kemalangan dalam pusingan akhir sesi latihan pagi, mencatat tempat ketiga terpantas apabila ketinggalan 0.194 saat. Dia hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan mahkota kejuaraan dunianya.\rPemandu Sepanyol, Fernando Alonso yang turut berpeluang secara matematik untuk memburu kejuaraan mencatat masa kedua terpantas 0.174 saat di belakang Button iaitu masa terpantas musim ini buat Ferrari.\rPemandu Australia Mark Webber yang memandu jentera Red Bull di tempat keempat, sementara rakan sepasukan Alonso di Ferrari, Felipe Massa dari Brazil kelima. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|