|
LONDON: Pengerusi Chelsea Bruce Buck percaya Andre Villas-Boas boleh mengikuti jejak pengurus Manchester United Alex Ferguson dan Arsene Wenger di Arsenal menjadi pengurus paling lama dalam Liga Perdana. \rVillas-Boas, 33, yang baru tiga musim bertugas sepenuh masa dalam pengurusan kelab, pernah mengumumkan dia hanya mahu terbabit dalam kerjaya itu antara 10 hingga 15 tahun. Buck berharap masa itu akan dihabiskan bersama Blues.\r\n\n\n\n\r\"Kami iri hati melihat Arsene Wenger di Arsenal dan Alex Ferguson di Manchester United berada lama di kelab masingmasing, tetapi tempoh yang lama itu bukan semata-mata satu tempoh masa,\" kata Buck.\r\r\n\n\n\n\n\"Ia perlukan calon terbaik untuk tugas itu bagi tempoh 10 hingga 15 tahun, dan berdasarkan usia Andre mungkin menjadi seperti mereka.\" Villas-Boas adalah pengurus ketujuh dalam tempoh lapan tahun era Roman Abramovich di Stamford Bridge, tetapi Buck percaya jutawan Russia itu sudah kagum dengan bekas pengurus Porto itu.\r\"Terdapat keseronokan sebenar. Pemain nampak gembira, ia benar-benar suasana yang baik,\" kata pengerusi itu.\r\"Kami rasa dia mempunyai kemahiran pengurusan manusia yang cemerlang, dia sangat kreatif, seorang lelaki yang mengatur kerja secara tersusun dan rapat dengan semua pemain. \"Kamu semua bertanya pada musim bunga lalu, bagaimana seorang pengurus berusia 33 tahun boleh berurusan dengan pemain berusia 31 tahun.\rJawapannya dia boleh berurusan dengan baik. Ahli Lembaga sangat gembira, peminat juga gembira dan saya rasa yang paling penting Abramovich gembira.\" - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|