View: 137|Reply: 0
|
Jemaah tanpa ilmu agama mudah silap
[Copy link]
|
|
Batu Gua Hira didakwa berkat, bijirin burung sembuh penyakit\rMAKKAH: Jemaah yang tiba di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan Islam kukuh, dilihat mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit.\r\n\n\n\n\r Akhbar Arab News mengesan sejumlah jemaah ke Gua Hira’ di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW atau bukit Jabal Rahmah di Arafah dengan mempercayai ia adalah sebahagian daripada ibadat umrah atau tempat memohon petunjuk Allah. \r\r\n\n\n\n\n Malah, sesetengah mereka mengambil batu dari gunung itu dan membawanya pulang ke tanah air sambil mendakwa ia untuk keberkatan keluarga.\rSelain itu, ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang diberikan kepada burung merpati atau burung lain berdekatan Masjidil Haram untuk mengubati penyakit mereka atau ahli keluarga. \rBijirin itu dijual warga asing di dalam beg plastik kecil dengan harga 1 riyal (85 sen) dan dibeli untuk memberi burung makan. Gandum dan bijirin itu boleh diperoleh di kawasan Al-Masfalah, Al-Hafair, Ghazah dan kawasan lain berdekatan Masjidil Haram.\rDitanya mengapa mengutip makanan burung itu, jemaah dari Pakistan, Riyasa Ghulam, 60, berkata isterinya yang muda enam tahun daripadanya mandul dan gagal mendapatkan anak sepanjang usia perkahwinan mereka.\r\n\n\n\n\r“Kami sudah mencuba pelbagai rawatan. Seorang rakan menyarankan ketika mengerjakan umrah ambil peluang makan makanan burung merpati.\r“Kini, selama seminggu kami makan tujuh bijirin sehari dan masih menunggu keputusan,” katanya.\rSeorang jemaah dari Mesir pula, berkata isterinya mengalami sawan dan tidak boleh diubati.\rKatanya, seorang rakan menasihatkan beliau mendapatkan makanan yang diberikan kepada burung untuk mengubati isterinya.\r“Rakan berkata isteri saya perlu makan tiga biji setiap kali makan untuk tiga hari berturut-turut. Dua minggu sudah berlalu tetapi isteri saya tidak bertambah baik,” kata Ismail.\rBeliau berkata rakannya berpesan supaya makan bijirin yang tidak pecah dan perlu dimakan sekali gus.\r“Kami mengikut nasihatnya tetapi tiada apa pun berlaku,” katanya.\rPengarah Pengajian Islam di Universiti Umm Al Qurah, Muhammad Al-Suhali, berkata hanya umat Islam yang mempunyai keyakinan lemah dan ilmu mengenai agama yang sedikit akan melakukan perkara berkenaan. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|