|
Jawatankuasa Eksekutif agensi PBB arah 193 anggota buat keputusan\rPARIS: Palestin berjaya melepasi halangan pertama semalam untuk menjadi anggota penuh UNESCO, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila jawatankuasa eksekutif badan dunia itu menyokong permohonannya semalam, walaupun ditentang kuat Amerika Syarikat dan Israel.\r\n\n\n\n\r Sekutu Palestin di kalangan negara Arab menepis tekanan diplomatik Amerika Syarikat dan Perancis untuk membawa usul ke jawatankuasa negara anggota yang meluluskannya selepas 40 undi menyokong, empat membantah dan 14 berkecuali.\r\r\n\n\n\n\n Permohonan Palestin itu akan dikemukakan kepada anggota perhimpunan agung agensi PBB itu pada akhir bulan untuk kelulusan muktamad.\rPemimpin Palestin pernah memohon keanggotaan UNESCO sebelum ini, tetapi gagal. Tahun ini, diplomat UNESCO berkata, mereka menggunakan kaedah lain, iaitu memohon menerusi deraf resolusi.\rPemimpin Palestin dianggap dalam kedudukan baik Presiden Mahmoud Abbas membawa permohonan menjadi anggota PBB, bulan lalu.\rWakil UNESCO bagi wilayah Palestin, Ismail Tilawi, berkata sejak penubuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada pertengahan 1990, permohonan untuk menjadi anggota menjadi agenda setiap kali Persidangan Agung UNESCO berlangsung, dua tahun sekali.\r\n\n\n\n\rPermohonan di UNESCO dilihat sebagai ujian untuk memberi sokongan terhadap usaha Palestin. Delegasi Palestin sudah menjadi pemerhati di UNESCO sejak 1974, mengemukakan deraf resolusi kepada lembaga eksekutif agensi itu semalam, menurut diplomat yang berada di sana. \rPegawai UNESCO mengesahkan keputusan undi meyakinkan di kalangan ahli lembaga badan itu membolehkan usul itu diundi sekali lagi di kalangan 193 anggota, kelulusan dua pertiga diperlukan untuk menjadi anggota penuh.\rUndian belum dijadualkan, tetapi akan mengambil tempat di Perhimpunan Agung UNESCO yang berlangsung mulai 25 Oktober hingga 10 November.\rKeputusan jawatankuasa eksekutif UNESCO berlawanan dengan langkah Amerika mendesak semua delegasi mengundi ‘tidak’ dalam perhimpunan agung itu.\rSetiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, berkata keputusan UNESCO mengelirukan kerana Majlis Keselamatan PBB juga menimbang permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, sesuatu yang ditolak Washington. \r“Saya dapati agak mengelirukan dan tidak jelas bagaimana badan PBB membuat keputusan mengenai status kenegaraan sementara isu itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan.\r“Keputusan perlu dibuat di PBB bukannya dalam kumpulan lain,” kata Hillary kepada wartawan dalam lawatan ke Republik Dominica. – AP/AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|