CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Pemintaan Exora Star tinggi di indonesia

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd (PROTON) buat pertama kali menerima pesanan melebihi bekalan di pasaran Indonesia sehingga menyebabkan pelanggannya perlu menunggu sehingga dua bulan, manakala modelnya yang mendapat sambutan adalah Exora Star.\rSejak model itu dilancarkan di Jakarta pada Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia sudah menjual semua 350 unit dalam stoknya dan ia memesan 200 unit lagi sejak Ogos untuk diserahkan kepada pelanggan dalam bulan ini.\r\n\n\n\n\r  Pengurus Besar Pemasaran PROTON Edar Indonesia, Mazlan Mohd Zain, berkata jaminan belian balik PROTON, harga yang berdaya saing berbanding model dalam kelas sama dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran skim pinjaman yang menarik, membantu meningkatkan jualan Exora di Indonesia.\r\r\n\n\n\n\n  Jaminan belian balik PROTON mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu membayar wang pendahuluan antara 15 hingga 20 peratus daripada harga kereta, katanya di Jakarta, semalam.\rDengan kadar faedah antara lima hingga tujuh peratus, pembeli kereta PROTON turut menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima tahun.\rSebelum ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus.\rAnsuran pinjaman itu, katanya, perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun atau maksimum dalam masa empat tahun.\r\n\n\n\n\r“Sejak April lalu, kami sudah menjual 2,500 unit kereta PROTON pelbagai model dan 60 peratus daripada jualan itu ialah daripada model Exora,\" katanya.\rSyarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012. \rIa adalah sebahagian daripada sasaran penjualan 5,000 unit kereta PROTON pelbagai model untuk tahun kewangan 2011 dan 2012 syarikat itu.\rMazlan berkata, syarikat itu memasarkan tiga varian Exora di Indonesia iaitu Exora Star yang menggunakan transmisi manual, Exora Supreme, menggunakan transmisi automatik serta Exora President, yang menjadi model mewah diubah suai ruang dalamnya mengikut selera pelanggan.\rPROTON Edar Indonesia kini membuka 18 pusat jualan dan lebih 30 pusat servis di bandar besar di Indonesia. - BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.329720 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list