CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Alkhair Malaysia tunggu kelulusan bank Negara

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ALKHAIR International Islamic Bank Bhd (Alkhair Malaysia) sedang menunggu kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan bagi membeli kepentingan dalam sebuah bank tempatan.\rBank dari Bahrain itu sebelum ini menyatakan hasrat membeli 40 peratus kepentingan ekuiti dimiliki Dubai Group dalam Bank Islam, tetapi membatalkannya pada Februari lalu selepas mendapati ia tidak menepati keperluannya.\r\n\n\n\n\r  Alkhair Malaysia yang sebelum ini dikenali Unicorn Investment Bank adalah bank Islam milik asing pertama menjalankan kegiatan perbankan bukan ringgit menerusi inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC).\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Ikbal Daredia, berkata bank itu sudah mengenal pasti beberapa bank di Malaysia yang berpotensi dibeli kepentingannya.\r“Apa yang kami sasarkan ialah untuk membeli kepentingan dalam bank yang membolehkan kumpulan meneroka dalam perniagaan ringgit.\r“Kami tidak meninjau bank bersaiz besar seperti Bank Islam seperti yang kami cuba lakukan sebelum ini, sebaliknya bank lebih kecil yang dapat memberi ruang untuk kumpulan berkembang.\r“Buat masa ini, kami sedang berunding dengan Bank Negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran nama korporat dan logo baru kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rPelancarannya disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.\rNama dan logo baru itu ialah sebahagian kegiatan penjenamaan semula kumpulan yang menyaksikan semua anak syarikat Bank Alkhair di seluruh dunia menggunakan identiti korporat serta elemen penjenamaan sama.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list