BANGKOK: Thailand memulakan operasi menghantar kondom dan pelbagai bekalan perubatan kecemasan lain melalui udara kepada mangsa dalam bencana paling buruk sejak berdekad untuk mengurangkan kemungkinan meningkatnya kes kehamilan yang tidak dirancang.Lima helikopter mula menghantar bantuan perubatan dan keperluan lain dari Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh lokasi di wilayah tengah Lop Buri yang teruk ditenggelami banjir.\n\n\n\n “Sukarelawan tempatan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tiada sebarang aktiviti untuk dilakukan, jadi untuk menghalang kemungkinan meningkatnya kes hamil, kami turut menambah penghantaran kondom,” kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand.\n\n\n\n\nBanjir luar biasa kali ini membunuh sekurang-kurangnya 237 orang. – AFP