CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Perkukuh hubungan Malaysia-Pakistan

[Copy link]
Post time 6-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dr Fehmida Mirza saran wujudkan program antara ahli Parlimen, pertingkat dagangan\rKUALA LUMPUR: Pakistan mengagumi kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang dan percaya hubungan KL, Islamabad boleh dipereratkan lagi menerusi program antara ahli Parlimen selain peningkatan dagangan dua hala.\r\n\n\n\n\r     “Pertukaran Parlimen ini amat bermanfaat kerana ia memberi kita peluang untuk saling belajar antara satu sama lain dan mewujudkan pemahaman lebih baik mengenai isu berkaitan dengan perundangan dan hubungan dagangan,” kata Speaker Parlimen Pakistan, Dr Feh-mida Mirza.\r\r\n\n\n\n\n     Fehmida memberitahu demikian dalam pertemuan berasingan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang di sini, baru-baru ini.\rDalam pertemuan itu, beliau menerangkan kepada mereka mengenai Kumpulan Persahabatan Parlimen Pakistan-Malaysia yang diwujudkan di Parlimen Pakistan dan beroperasi di bawah seliaan beliau serta mencadangkan forum sama dibentuk di sini untuk membolehkan ahli dua dewan berkongsi pengalaman.\r“Kami sedia hantar delegasi Kumpulan Persahabatan kami ke Malaysia bagi berkongsi pengalaman dalam soal perundangan dan menggalakkan program di kalangan anggota dewan,” katanya.\rFehmida menyifatkan Pakistan dan Malaysia memiliki hubungan baik dan memuji kemajuan serta kemakmuran Malaysia beberapa dekad kebelakangan ini.\r\n\n\n\n\r“Penduduk kami benar-benar mengagumi Malaysia dan kemajuan teknologinya yang juga faktor utama di sebalik kemasukan berterusan pelajar Pakistan di kolej dan universiti Malaysia setiap tahun,” katanya.\rBeliau turut menyentuh isu perdagangan dua hala yang melonjak kepada AS$2.5 juta (RM7.5 juta), peningkatan 34 peratus sepanjang tahun lalu.\r“Kami pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia selepas China manakala Malaysia secara keseluruhannya adalah sumber import kelima terbesar Pakistan. Cuma, dari segi eksport, kamu di tempat ke-25,” katanya sambil menggesa jurang berkenaan dirapatkan bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua negara.\rFehmida turut menerangkan mengenai situasi banjir di Pakistan dan berterima kasih atas bantuan kepada Pakistan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia ketika gempa bumi 2005 dan bencana banjir di negara itu tahun lalu.\r“Saya berharap sokongan di peringkat yang sama juga akan diteruskan ke Pakistan sekali lagi kali ini untuk berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang melanda Sindh berikutan hujan yang tidak dijangka pada musim panas ini,” katanya.\rSementara itu, Fehmida juga mengadakan satu pertemuan dengan sekumpulan ahli perniagaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil masyarakat awam untuk mendapatkan sokongan bagi usaha bantuan bagi pemulihan mangsa banjir di Pakistan.\rBeliau berkongsi maklumat mengenai kemusnahan akibat musim hujan di Sindh dan merayu derma serta bantuan bagi mengatasi bencana yang memasuki tahun kedua berturut-turut di wilayah itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.472223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list