CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Suspek kes bunuh dijangka terkenal, kaya

[Copy link]
Post time 6-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Knox dipenjara diramal raih untung  sehingga RM3jLOS ANGELES: Pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox yang baru dibebaskan daripada dakwaan membunuh rakan sebilik warga Britain di Itali, mampu meraih berjuta-juta dolar jika sedia menjual pengalamannya sama ada dalam bentuk buku, siri televisyen malah filem.\n\n\n\n   Ketika keluarganya mempunyai  cadangan untuk anak mereka itu menghabiskan  masa bersendirian bagi menyesuaikan diri dengan kebebasan, pemerhati  bersetuju gadis berusia 24 tahun itu kini  mempunyai peluang cerah  meraih keuntungan.\n\n\n\n\n   “Kisah Amanda Knox boleh mendapat sambutan kerana beliau masih  muda selain dianggap sebagai kisah yang  sinonim dengan rakyat  Amerika, dan ramai mengikuti kisahnya,” kata Charlotte Gusay,  ejen sastera selepas Knox tiba di rumahnya semalam.“Saya jangka dia akan mendapat keuntungan   antara AS$500,000 (RM1.5 juta) hingga AS$1 juta dolar (RM3 juta). Dia sudah tentu ditawarkan perjanjian menerbitkan kisahnya dalam buku dan filem jadi perlu menjelajah selain dikejar untuk muncul dalam rancangan dikenali ramai,” kata Gusay.Knox yang masih lagi bersedih ketika  tiba di Seattle bersama keluarganya, sehari selepas digugurkan daripada dakwaan membunuh dan dibebaskan dari sebuah penjara Itali, tempat tahanannya selama empat tahun.Pada satu sidang akhbar singkat di lapangan terbang, pelajar itu lebih menekankan niatnya untuk kembali menikmati kehidupan normal.\n\n\n\n“Keluarga adalah perkara paling penting kepada saya sekarang. Saya hanya mahu bersama mereka,” katanya. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057261 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list