|
Peniaga AS sambut baik usaha biayai modal bank\rPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur semalam berikutan rali di Wall Street yang didorong laporan rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk membantu banknya yang bermasalah, gagal mengimbangi kebimbangan berterusan bahawa krisis hutang Greece akan menjadi lebih berjangkit.\r\n\n\n\n\r Sementara peniaga di Amerika Syarikat (AS) menyambut baik usaha pemimpin Eropah membiayai semula modal institusi kewangan mereka, pelabur di Asia pula lebih ragu-ragu selepas berita bahawa Dexia Bank, iaitu bank Perancis-Belgium mungkin gagal diselamatkan, sementara penarafan hutang ke atas Itali diturunkan.\r\r\n\n\n\n\n Pasaran saham Tokyo jatuh 0.86 peratus, atau 73.14 mata kepada 8,382.98, Seoul kehilangan 2.33 peratus, atau 39.67 mata untuk ditutup pada 1,666.52 mata dan Taipei turun 0.83 peratus, atau 58.72 mata, kepada 6,989.15.\rBagaimanapun, penanda aras Sydney S&P/ASX 200 ditutup dalam wilayah positif buat kali pertama minggu ini, berakhir 1.40 peratus lebih tinggi, atau 54.3 mata pada 3,926.4. \rPasaran saham Singapura pula tidak berubah sementara Mumbai mencatatkan peningkatan 0.36 peratus, manakala pasaran saham di Hong Kong dan Shanghai tidak didagangkan berikutan cuti umum.\rDalam dagangan semalam, pasaran saham di rantau ini menerima dorongan kuat dari Wall Street yang mana Dow ditutup sehingga 1.44 peratus, manakala S&P 500 meningkat 2.25 peratus, sementara Nasdaq melonjak 2.95 peratus selepas Pesuruhjaya Hal Ehwal Ekonomi EU, Olli Rehn berkata, pemimpin kesatuan itu kini sedang merangka pelan untuk membantu institusi perbankan anggotanya.\r\n\n\n\n\r“Kini, wujudnya peningkatan perkongsian pandangan bahawa kami memerlukan persepaduan, menyelaraskan pendekatan kerjasama di Eropah, sementara banyak elemen telah dilaksanakan di negara anggota.\r“Tindakan segera di kalangan menteri-menteri negara anggota harus digerakkan sekarang.\r“Kedudukan modal bank-bank di Eropah mesti diperkukuh semula untuk menyediakan margin keselamatan tambahan, sekali gus berupaya mengurangkan ketidakpastian,” katanya dalam komen yang disiarkan dalam laman web akhbar British.\rNamun, Pedagang Kanan Institusi dari BBY, Peter Copeland memberi amaran di Sydney bahawa: “Pasaran akan memberi reaksi rali AS ini dengan syak wasangka berikutan ketiadaan pelan terperinci lagi (untuk mengurangkan krisis hutang Eropah).\r“Kini, ia (setiap pelan) lebih menjurus kepada bercakap dan belum ada satu pun yang telah dilaksanakan,\" katanya.\rLebih memeritkan lagi situasi tidak menentu di Eropah apabila firma penarafan antarabangsa, Moody’s pada Selasa lalu menurunkan taraf penarafannya ke atas bon kerajaan Itali kepada A2 daripada Aa2n berserta unjuran negatif.\rPenurunan tiga takuk itu melangkaui jangkaan penganalisis yang hanya menjangkakan Moody’s akan menurunkan sekitar satu atau dua takuk.\rMoody’s menjadikan risiko pembiayaan hutang jangka panjang kerajaan negara itu serta pertumbuhan ekonomi yang perlahan sebagai punca utama kepada penurunan penarafan itu.\rBanyak pihak kini bimbang bahawa ekonomi Itali dan Sepanyol pula mungkin turut memerlukan dana menyelamat yang banyak, selepas pemimpin kesatuan meluluskan dana menyelamat untuk Ireland, Greece dan Portugal. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|