CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

PERODUA meterai kerjasama dengan PROTON akhir tahun

[Copy link]
Post time 6-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangka memeterai perjanjian kerjasama dengan Proton Holdings Bhd (PROTON) dalam aspek tertentu, sama ada lewat tahun ini atau awal tahun depan. \rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata ada beberapa bidang kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pengeluar kereta nasional itu.\r\n\n\n\n\r  “Ia masih lagi pada peringkat perbincangan. Saya rasa kami gembira dengan perkara itu. Kami akan membuat pengumuman mengenai  memorandum persefahaman (MoU) pada tahun ini atau tahun depan.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami sudah mengadakan pertemuan peringkat tertinggi. Ia akan menjadi kerjasama strategik bagi kedua-dua pihak serta akan memanfaatkan pemegang saham masing-masing,” katanya.\rBeliau berkata, pendirian PERODUA mengenai penggabungan dengan PROTON tidak berubah. \r“Kami menentang penggabungan. Kami mempunyai pelan kami sendiri,” tegasnya.\rAminar juga berkata, PERODUA akan mengumumkan butiran kilang transmisi automatik elektronik (EAT) dalam tempoh satu atau dua bulan ini, merangkumi struktur pegangan ekuiti syarikat yang  menguruskan operasi kilang serta lokasi sebenar pembinaannya.\r\n\n\n\n\r“Kami akan menubuhkan satu syarikat usaha sama. Ia masih dirundingkan. Kami akan membuat pengumuman mengenai struktur ekuiti kedua-dua PERODUA dan rakan Jepun kami (Daihatsu) serta lokasi kilang itu dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang sama ada ia akan terletak di Selangor atau tidak,” katanya. \rAminar berkata, PERODUA juga sedang berbincang sama ada kilang itu akan dibina mengikut beberapa fasa atau sekali gus. \rKatanya, sekurang-kurangnya RM200 juta akan dilabur bagi membina kilang itu yang akan mengeluarkan produk untuk pasaran domestik dan antarabangsa.\rBeliau berkata, pembinaan kilang itu dijangka bermula tahun depan. \rSementara itu, Aminar berkata, pihaknya merancang menceburi perniagaan kereta terpakai sebagai satu cara untuk meningkatkan jualan.\rPERODUA kini, katanya, menjalankan kajian daya maju mengenai perkara itu dan menjangka kajian itu siap dalam masa tiga hingga enam bulan akan datang.\r\"Perniagaan kereta terpakai adalah untuk memudahkan mereka yang mungkin mahu menukar beli kereta mereka untuk membeli yang baru. Kami sedang melakukan kajian kemungkinan terhadap perniagaan ini,\" katanya.\rAminar berkata, PERODUA merancang menubuhkan cawangan perniagaan kereta terpakai sendiri.\r\"Kami akan bermula daripada kecil, setiap satu di utara, selatan, timur dan barat negara serta Sabah dan Sarawak. Kami akan bermula di bandar besar dan mempunyai kedai perintis untuk mempertimbang permintaan.\r\"Kami akan mengembangkan perniagaan apabila melihat ada permintaan dan peluang untuk berjaya,\" katanya.\rBeliau berkata, syarikat akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan selepas jualan dalam keadaan ekonomi semasa.\r\"Perkhidmatan lepas jualan boleh menjadi peluang pada masa sukar ini dan kami akan cuba untuk memberi tumpuan terhadapnya,\" kata beliau.\rAminar berkata, terdapat tanda bahawa tahun depan bakal menjadi tahun yang mencabar susulan ketidaktentuan ekonomi global.\r\"Tahun ini, kita terjejas oleh tsunami di Jepun pada April, Mei dan Jun tetapi pemulihan bermula pada Julai. Momentum masih ada dengan pelancaran Myvi baru tetapi tahun depan akan mencabar,\" katanya.\rMengenai cadangan mengeksport kenderaan keluarannya, Aminar berkata, PERODUA, menerusi Daihatsu, kini sedang pada peringkat perbincangan awal dengan pihak tertentu di Afrika Selatan bagi tujuan itu, katanya. \r“Kami ingin pergi ke Afrika Selatan tetapi ia belum dimuktamadkan lagi. Kami sedang pada peringkat awal perbincangan menerusi Daihatsu bagi pelbagai isu seperti model yang akan dieksport dan sama ada ia akan menggunakan jenama PERODUA atau Daihatsu.\r\"Jika menggunakan jenama PERODUA, banyak perkara yang perlu dilakukan seperti penjenamaan dan mengenal pasti pengedar. Jika kami mengeksport menerusi jenama Daihatsu, kami hanya perlu menggunakan rangkaian sedia ada.\r“Harapnya ia akan menjadi realiti dalam tempoh setahun dua lagi, ia dalam pelan hala tuju lima tahun kami,\" katanya. - BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.630824 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list