|
Benzema, Ribery, Matuidi cedera\rCLAIREFONTAINE (Perancis): Trio Perancis, Karim Benzema, Franck Ribery dan Blaise Matuidi, diketepikan daripada skuad menjelang perlawanan kelayakan Euro 2012 bertemu Albania Jumaat ini dan Bosnia minggu depan akibat kecederaan.\r\n\n\n\n\r Tiga pemain itu adalah sebahagian daripada skuad 24 pemain disenaraikan jurulatih, Laurent Blanc minggu lalu tetapi kecederaan terbaru ketika mewakili kelab masing-masing memaksa Perancis melunaskan baki saingan kelayakan Euro tanpa tiga tonggak berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n “Imbasan MRI menunjukkan ketiga-tiga pemain tidak dapat beraksi,” kata Persekutuan Bola Sepak Perancis dalam satu kenyataan. Perancis mendahului Kumpulan D dengan hanya satu mata di atas Bosnia dan masih berbaki dua perlawanan di Stade de France.\rTonggak lain, Philippe Mexes, Yoann Gourcuff, Abou Diaby dan Guillaume Hoarau diketepikan kerana kecederaan dan Ahad lalu, Bacary Sagna pula menarik diri selepas kakinya patah ketika beraksi untuk Arsenal dan digantikan Mathieu Debuchy.\rPenyerang Real Madrid, Benzema mengalami kecederaan otot, pemain sayap Bayern Munich, Ribery cedera di betis dan pemain tengah Paris St Germain, Matuidi bergelut dengan kecederaan paha. \rPertahanan, Eric Abidal dan Laurent Koscielny kekal di dalam skuad tetapi diragui kecergasan mereka.\r\n\n\n\n\r“Ini sebahagian daripada tugas jurulatih kebangsaan,” kata Blanc mengenai kecergasan skuadnya. “Pemain mengharungi saingan sengit bersama kelab dengan perlawanan setiap tiga atau empat hari dan risiko kecederaan otot boleh berganda.\r“Eric sangat penting buat kami. Saya harap dia cergas untuk diturunkan.” \rPerancis mungkin terpaksa menggandakan serangan ke atas Albania bagi memastikan kemenangan untuk terus kekal di depan Bosnia sebelum perlawanan terakhir menentang negara Balkan itu, 11 Oktober ini. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|