|
224 maut, dua juta penduduk terjejas sejak pertengahan Julai lalu\rBANGKOK: Sekurang-kurangnya 224 maut dalam banjir terburuk Thailand sejak lima dekad lalu tahun ini sejak air naik pertengahan Julai lalu hingga menenggelami kuil Chai Wattanaram berusia 400 tahun di bandar raya purba Ayutthaya, Tapak Warisan Dunia, kata pegawai semalam.\r\n\n\n\n\rKuil berkenaan terletak di tebing sungai Chao Phraya, yang mengalir ke Bangkok, kira-kira 105 kilometer ke selatan.\r\r\n\n\n\n\n“Paras air kini mencecah 1.5 meter dan 150 anggota tentera ditempatkan di kawasan itu untuk memperbaiki tambak,” kata gabenor Ayutthaya, Wittaya Pewpong.\rKatanya, lebih 200 daripada 500 kuil purba di wilayah berkenaan terjejas akibat banjir. Thailand dilanda banjir besar yang disebabkan ribut tropika diikuti musim hujan, yang selalunya berlaku sejak Ogos hingga Oktober.\rSelain angka kematian itu, dua juta penduduk juga terjejas, menurut laporan.\rMenteri Pertanian, Sukumol Kunplome, jumlah kerosakan di kawasan bersejarah di negara itu sekurang-kurangnya bernilai AS$3.2 juta (RM9.92 juta).\rBanjir turut menjejaskan Bangkok yang cuma terletak dua meter daripada aras laut. Air Sungai Chao Phraya melimpah ke jalan raya di sesetengah kawasan, walaupun pihak berkuasa mengukuhkan semula tebingnya untuk mengelakkan banjir lebih serius.\r\n\n\n\n\rBeberapa perkhidmatan kereta api ke utara terpaksa dihentikan kerana banjir, kata Jabatan Pencegahan dan Mengurangkan Bencana.\rHampir 1.2 juta hektar ladang ditenggelami air dan Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran hujan lebat terus turun di banyak bahagian negara itu untuk beberapa hari akan datang. \rKerajaan meluluskan sekurang-kurangnya 8 bilion baht (RM793.6 juta) dalam bentuk ganti rugi kepada peladang dan penduduk lain yang terjejas akibat banjir.\rDi negara jiran, Kemboja, 164 maut dalam banjir sejak 13 Ogos lalu. Timbalan Pengarah Penerangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Kemboja, Keo Vy, berkata lebih 215,000 keluarga kehilangan tempat tinggal manakala jalan raya, jambatan dan benteng musnah.\r“Penduduk terjejas berdepan cabaran kekurangan makanan. Lebih 300,000 hektar ladang juga ditenggelami air,” katanya. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|