CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Sirte kubu terakhir Gaddafi

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemerintah baru Libya rancang tawan, isytihar  kemenangan\rTRIPOLI: Pemimpin baru Libya bersiap sedia mengisytiharkan kebebasan penuh dan melantik kerajaan peralihan baru memerintah negara Afrika Utara itu.\r\n\n\n\n\rPemimpin kerajaan baru menganggap mereka sudah memenangi perang dengan kejatuhan Sirte, bandar kelahiran Muammar Gaddafi yang masih menyaksikan berlaku pertempuran antara tentera kerajaan baru dengan penyokong setia Gaddafi.\r\r\n\n\n\n\nBandar raya itu kekal menjadi salah satu yang masih berada dalam genggaman askar yang setia kepada Gaddafi, selain Bani Walid.\rPerisytiharan dan pembentukan kerajaan baru dengan pilihan raya dirancang diadakan selepas lapan bulan bertujuan menamatkan krisis politik di negara itu.\rPerdana Menteri sementara, Mahmoud Jibril dan ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdul-Jalil, bercadang meletak jawatan  dan berikrar   tidak mengambil bahagian dalam kerajaan baru negara itu.\rPerlembagaan NTC menyatakan, tokoh kerajaan sementara tidak boleh berkhidmat dalam kerajaan baru yang terpilih.\r\n\n\n\n\rCubaan terbaru untuk menamatkan kemelut politik di Libya berlaku ketika pemimpin tentera menyifatkan serangan terbaru ke atas Sirte, yang bermula kelmarin selepas gencatan senjata selama dua hari, sebagai ‘serangan terakhir.’\rPejuang anti Gaddafi yang dibantu pesawat NATO menunjukkan kejayaan perlahan dalam menawan Sirte, berdepan tentangan hebat kumpulan yang setia kepada bekas pemimpin Libya itu di dalam bandar yang sudah berperang selama berminggu-minggu, mencetuskan krisis kemanusiaan di kalangan penduduk awam.\rSemakin jelas sejak beberapa hari lalu, pemerintah baru negara itu kini mahu menamatkan kepungan ke atas Sirte.\rPada awalnya, difahamkan kerajaan baru tidak akan diumumkan sehingga semua kawasan yang masih dalam genggaman kumpulan setia kepada Gaddafi ditawan sepenuhnya termasuk Bani Walid.\rBagaimanapun, Abdul Jalil memberitahu sidang media di Benghazi, tidak seperti Sirte, Bani Walid tidak memberikan ancaman kepada sempadan Libya.\r“Kami meminta rakyat Libya faham ini adalah tahap sensitif dan kritikal,” katanya merujuk kepada kebimbangan yang semakin memuncak berhubung penangguhan pelantikan kerajaan untuk memimpin negara itu untuk mengadakan pilihan raya pertama sejak kejatuhan rejim Gaddafi.\rKomander dari Misrata, Salem Jouha, dijangka menjadi Menteri Pertahanan negara itu selepas bebas sepenuhnya.\rMisrata tidak campur tangan dalam NTC sejak beberapa minggu lalu dan pemerintah baru Libya berusaha keras sejak kejatuhan Tripoli untuk menyatukan semula semua parti politik yang berkepentingan. Perpecahan kekal antara tokoh sekular dan Islam seperti Ketua Majlis Tentera Tripoli, Abdel Hakim Belhaj, yang menulis dalam akhbar Guardian minggu lalu bahawa puak Islam tidak boleh dipinggirkan dalam pembentukan baru Libya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.150659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list