CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Unjuran ekonomi negara kekal

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan tumpu perkembangan kewangan luaran\rMOMENTUM pertumbuhan ekonomi negara yang bermula sejak awal tahun lalu dijangka berterusan di sebalik krisis fiskal baru yang berlaku di zon euro dan persekitaran ekonomi lemah di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pemulihan ekonomi Malaysia sejak krisis kewangan kira-kira tiga tahun lalu terbukti mapan.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, tegasnya dalam tempoh terdekat ini, kerajaan akan mengambil pendekatan optimis secara berhati-hati kerana sudah tentunya kekalutan dalam pasaran kewangan global sudah memberikan kesan kepada pasaran di Asia, khususnya dari segi portfolio aliran modal.\r“Justeru, kerajaan ketika ini memberi perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan di sektor kewangan luaran dan dalam hubungan ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menggalakkan satu keadaan pasaran yang sesuai bagi bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan,” katanya berucap ketika pembukaan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) kali kelapan di Kuala Lumpur, semalam.\rMalaysia mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya pada lima hingga enam peratus tahun ini, walaupun ramai ahli ekonomi menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan masalah berterusan yang berlaku di Eropah dan AS.\rTabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), baru-baru ini menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada 4.0 daripada 4.3 peratus sebelumnya.\r\n\n\n\n\rDalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata, industri kewangan Islam tempatan memerlukan barisan produk baru yang dapat mengubah pasaran.\rBeliau berkata, ia perlu untuk terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri kewangan Islam global pada peringkat antarabangsa.\r“Satu daripada elemen mustahak dalam mana-mana pusat kewangan ialah ia perlu menjadi pusat inovasi.\r“Justeru, kita memerlukan produk baru yang jelas serta dapat mengubah keadaan pasaran untuk kekal menjadi peneraju industri,” katanya.\rJelasnya, Malaysia sebelum ini membuktikan sukuk sebagai alternatif berdaya maju untuk menjana modal, sama ada kerajaan atau korporat, sekali gus dapat menjadi alat penting dalam industri kewangan domestik dan dunia.\rKuala Lumpur kini adalah pasaran kewangan Islam paling maju di dunia dengan aset patuh syariah setakat akhir tahun lalu bernilai RM351 bilion atau 22 peratus daripada keseluruhan aset perbankan domestik.\rIa sekali gus melepasi sasaran 20 peratus yang ditetapkan dalam Pelan Induk Kewangan terdahulu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.316949 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list