CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Persimpangan RM58j hubung Tol Sungai Rasah-Shah Alam

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama dengan 11 pemaju hartanah, termasuk i-City Properties Sdn Bhd dan IJM Properties bagi membina persimpangan bertingkat baru bernilai RM58 juta di Shah Alam yang dijangka siap pada Disember 2013.\rPengurus Besar PKNS, Othman Omar, berkata persimpangan bertingkat sepanjang dua kilometer itu akan menghubungkan Lebuh Raya Persekutuan bermula di Plaza Tol Sungai Rasah dengan kawasan pembangunan Seksyen 7, Shah Alam.\r\n\n\n\n\rKatanya, kemudahan baru itu nanti akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing berikutan pembangunan pesat selain daripada memberi impak kepada pertumbuhan di sekitar kawasan terbabit.\r\r\n\n\n\n\n“Pembinaan struktur utama projek persimpangan bertingkat itu akan dimulakan Januari depan,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di Shah Alam, semalam.\rOthman berkata, daripada anggaran kos pembinaan berjumlah RM58 juta itu, lebih RM40 juta akan dibiayai pemaju hartanah yang terbabit, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI).\r“Kos yang dinyatakan itu tidak termasuk yuran akses dan kos penyelenggaraan,” katanya.\rProjek yang dilaksanakan PKNS itu bakal memberi kesan positif kepada sosioekonomi penduduk di Seksyen 7 yang berkeluasan 670.8 hektar termasuk kawasan penempatan, kawasan perindustrian dan institusi pengajian tinggi.\r\n\n\n\n\rIa pada asalnya dicadangkan i-City Properties Sdn Bhd yang bertindak sebagai pemaju di kawasan pembangunan berhampiran Plaza Tol Sungai Rasah.\rApabila persimpangan bertingkat itu beroperasi, ia akan mengurangkan bebanan trafik daripada lebih 3,000 kepada  2,000 kenderaan sehari di sebahagian jajaran sepanjang Persiaran Kayangan, Persimpangan Permai, Lebuh Keluli dan Persiaran Bestari.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list