CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Pemaju hartanah tumpu projek perumahan mampu milik

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETIDAKTENTUAN pasaran global ketika ini mendorong pemaju hartanah di negara ini kembali menumpukan kepada pembangunan projek perumahan mampu milik daripada hartanah mewah sebelum ini.\rKetua Eksekutif Malaysia Property Incorporated, Kumar Tharmalingam, berkata pasaran hartanah mewah dijangka mengalami pertumbuhan perlahan dalam tahun mendatang berikutan ketidaktentuan pasaran global susulan krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, pemaju hartanah di negara ini sangat peka dengan perubahan keadaan pasaran dan kini mula mengalih tumpuan mereka kepada pembangunan rumah mampu milik.\r\r\n\n\n\n\n  “Ketika ini wujud arah aliran dengan pemaju hartanah utama tempatan mula membabitkan diri dalam membangunkan projek rumah mampu milik kerana mereka melihat permintaan bagi rumah mewah mungkin terjejas akibat keadaan tidak menentu pasaran global,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran penubuhan Asia Pacific Real Estate Association (APREA) Malaysia Chapter di Kuala Lumpur, semalam.\rMengenai unjuran pasaran hartanah secara keseluruhannya, Kumar berkata, pasaran hartanah tempatan kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan dalam ekonomi global itu.\rBeliau berkata, permintaan terhadap rumah masih tinggi dan bank di Malaysia tidak mempunyai masalah menawarkan pinjaman kepada pembeli.\r“Malaysia tidak menghadapi masalah dalam sektor kewangan. Bank di Malaysia kekal kukuh dan mempunyai dana yang cukup untuk membiayai pembangunan projek hartanah dan menawarkan pinjaman kepada orang ramai untuk membeli rumah,” jelasnya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Kumar berkata, Malaysia perlu membenarkan lebih banyak firma penyelidikan hartanah antarabangsa menjalankan kajian hartanah di negara ini sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur dalam sektor itu di negara ini.\rBeliau berkata, menerusi kajian hartanah dijalankan firma asing, ia akan mendedahkan pasaran hartanah tempatan kepada pelabur luar.\rMengikut Laporan Pasaran Hartanah Malaysia 2010, jumlah urus niaga yang membabitkan pelabur asing dalam pembelian hartanah tempatan adalah sebanyak 11 peratus daripada jumlah keseluruhan urus niaga sebanyak RM107.44 bilion pada tahun lalu.\rKumar berkata, jika pembelian rumah daripada pembeli asing meningkat tiga peratus, ia mampu menyumbang antara RM15 bilion hingga RM20 bilion kepada jumlah keseluruhan jualan hartanah di negara ini.\rMengenai penubuhan APREA Malaysia Chapter, Pengerusinya Lim Swe Guan, berkata langkah penubuhan cawangan persatuan itu di Malaysia adalah tepat dalam usaha mempromosikan pasaran hartanah tempatan di pasaran Asia Pasifik dan global.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.090664 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list