|
Konsep keusahawan terbaik ditonjol\rMALAYSIA semalam menjadi tuan rumah kepada Students In Free Enterprise World Cup 2011 (SWC 2011), yang terbesar pernah dianjurkan sejak ia diperkenalkan pada 2001.\r\n\n\n\n\r SWC adalah pertandingan di kalangan pelajar universiti di seluruh dunia memperkenalkan konsep perniagaan paling berjaya bertujuan menambah baik kualiti dan standard kehidupan mereka yang memerlukan.\r\r\n\n\n\n\n Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata seramai 2,800 peserta mengambil bahagian dalam SWC 2011 mewakili 37 negara, sekali gus menjadi SWC terbesar yang pernah dianjurkan sejak dipertandingkan di London pada 2001.\r“Saya berharap pendekatan elemen keusahawan sosial diperkenalkan dalam SWC 2011 ini dapat membantu mahasiswa merancang program yang memberi perubahan sosial kepada masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media pada majlis pelancaran SWC 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif SIFE Worldwide, Alvin Rohrs dan Pengerusi Lembaga Amanah SIFE Malaysian Foundation, Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.\rMalaysia di wakili 18 penuntut dari Universiti Teknologi PETRONAS. SIFE World Cup adalah pertandingan antarabangsa menampilkan projek terbaik SIFE dari seluruh pelusuk dunia, mengumpulkan rangkaian antarabangsa peneraju perniagaan, penuntut dan ahli akademik antarabangsa.\r\n\n\n\n\rSIFE adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan antarabangsa bekerjasama dengan peneraju perniagaan dan pendidikan tinggi untuk menggerakkan penuntut universiti untuk melakukan perubahan dalam masyarakat sementara membangunkan skil untuk menjadi pemimpin perniagaan bertanggungjawab secara sosial.\rSementara itu, Rohrs yang pertama kali berkunjung ke Malaysia berkata, beliau tertarik dengan kepelbagaian masyarakat yang hidup dengan harmoni di negara ini.\rBeliau tertarik dengan peserta Malaysia yang menunjukkan kemahuan menjalin rangkaian dengan mahasiswa dari negara lain.\r“SWC 2011 kali ini adalah yang terbaik dari aspek lokasi dan kemudahan yang disediakan,” katanya.\rHakim SWC 2011 kali ini terdiri daripada eksekutif dan pengurus kanan terkemuka antaranya, Ketua Global KPMG International, Lord Michael Hastings; Presiden yang juga Ketua Eksekutif Wal-Mart International, Doug McMilon; Pengarah URusdan Korn/Ferry International (Singapura), Gerry Chai dan Ketua Eksekutif Perbankan Persendirian Global HSBC, Krishna Patel.\rSWC 2011 anjuran Miti akan berlangsung selama tiga hari dan berakhir Rabu ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|