CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

Box Hill Institute pilih EduCity

[Copy link]
Post time 3-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Zon pendidikan di Iskandar Malaysia tawar infrastruktur berkelas dunia\rEDUCITY@Iskandar, zon pendidikan di Iskandar Malaysia terus menjadi destinasi pilihan institusi pengajian tinggi antarabangsa dalam melebarkan sayap ke rantau Asia apabila sebuah lagi institut terkemuka Australia, Box Hill Institute melahirkan minat untuk membuka cawangannya di wilayah pembangunan itu.\r\n\n\n\n\r  Institut pengajian tinggi itu melihat Malaysia sebagai destinasi terbaik untuk ia memperluaskan operasinya berikutan lokasinya yang strategik ditambah pula dengan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan EduCity@Iskandar sebagai hab pendidikan serantau.\r\r\n\n\n\n\n  “Box Hill Institute sudah menghantarkan pertanyaannya kepada Education@Iskandar Sdn Bhd untuk membuka kampus cawangan institut itu di EduCity,” kata sumber industri kepada Berita Harian baru-baru ini.\r“Kemudahan infrastruktur berkelas dunia ditawarkan serta lokasi yang strategik menarik minat Box Hill Institute untuk membuka cawangannya di situ,” katanya.\rSumber itu berkata, cadangan pembukaan kampus cawangan di Iskandar Malaysia itu juga selaras usaha institut pengajian tinggi itu untuk memperluaskan kehadirannya di seluruh dunia.\rBox Hill Institute adalah peneraju penyedia pengajian tinggi dan vokasional di Australia dan banyak menerima pengiktirafan global.\r\n\n\n\n\rIa menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar tempatan dan antarabangsa, bermula dari perantisan ijazah, kursus jangka pendek kepada diploma dalam pelbagai mode penghantaran termasuk secara sepenuh masa, separuh masa dan di luar kampus.\rInstitut pengajian tinggi itu menawarkan pembelajaran dan latihan dengan pengambilan pelajar kira-kira 40,000 di semua kampus miliknya dan rakan lesen di Australia, Singapura, Macau, Kuwait, Tehran, Dubai, Abu Dhabi, Fiji, Samoa, Vietnam dan China.\rBox Hill Institute juga sangat terkenal dengan program korporat komunitinya yang membabitkan pelbagai projek yang membantu masyarakat, termasuk membina rumah kepada belia yang tidak mempunyai rumah.\rEduCity@Iskandar adalah hab pendidikan di Iskandar Malaysia, yang menjadi perkampungan kampus pelbagai universiti bertaraf dunia, sekolah dan kolej antarabangsa, serta kemudahan rekreasi dan tempat tinggal bagi lebih 20,000 pelajar.\rPermintaan daripada universiti luar negara untuk membuka cawangan masing-masing di wilayah berkenaan sangat tinggi menyebabkan peruntukan tanah untuk kawasan itu dipenuhi.\rDifahamkan Iskandar Invetment Bhd (IIB) akan menyediakan lebih banyak tanah untuk EduCity@Iskandar bagi menampung permintaan berkenaan.\rAntara institusi pengajian asing yang berminat membuka cawangan di EduCity ialah Marlborough College, Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), University of Southampton Malaysia (USMC), dan Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT).\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.244897 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list