View: 192|Reply: 0
|
Amerika risau Awlaki berpengaruh di Barat
[Copy link]
|
|
Pemimpin al-Qaeda guna bahasa Inggeris sebar mesej\rSANAA: Kumpulan pengganas Yaman dianggap paling berbahaya kepada Amerika Syarikat disebabkan kemampuannya menyebarkan ideologi mereka di negara Barat dalam bahasa tempatan.\r\n\n\n\n\r Itulah faktor utama membawa kepada tindakan membunuh pemimpin al-Qaeda kelahiran Amerika, Anwar al-Awlaki dan seorang lagi rakannya yang menyebarkan propaganda di Amerika, Samir Khan.\r\r\n\n\n\n\n Awlaki menyampaikan khutbah dalam bahasa Inggeris mengenai jihad dari tempat persembunyiannya di Yaman hingga menarik rekrut seperti pemuda Nigeria yang cuba meletupkan sebuah jet pada Hari Krismas dan seorang warga Amerika keturunan Pakistan yang gagal meletupkan bom kereta di Times Square, New York.\rSerangan kelmarin dipercayai kali pertama warga Amerika dijejaki dan dibunuh berdasarkan sumber perisikan dan arahan presiden. \rAwlaki termasuk dalam senarai ‘bunuh atau tangkap’ Agensi Perisikan Pusat (CIA) pentadbiran Presiden Barack Obama pada April 2010, warga Amerika pertama menjadi sasaran. \rSeorang lagi warga Amerika yang dibunuh, Samir Khan, menerbitkan majalah web berbahasa Inggeris, Inspire yang memaparkan ideologi al-Qaeda yang anti Barat malah menawarkan artikel melakukan serangan termasuk ‘Buat bom di dapur ibu.’\r\n\n\n\n\rKebolehan mereka menyebabkan beratus-ratus militan al-Qaeda yang bersembunyi di Yaman dianggap ancaman lebih besar berbanding rakan mereka di Afrika Utara, Somalia atau timur Asia.\rObama menyifatkan serangan itu sebagai tamparan hebat terhadap operasi satu kumpulan al-Qaeda yang paling aktif selain menggelar Awlaki, 40, sebagai ‘ketua operasi luar.’\r“Beliau berperanan mengetuai rancangan dan mengarahkan usaha membunuh rakyat Amerika yang tidak bersalah,” kata Obama kepada wartawan di Washington.\rBeliau menuduh Awlaki merancang cubaan pengeboman pesawat pada Krismas 2009 dan cubaan yang gagal pada 2010 untuk menghantar bahan letupan ke Amerika.\rKematian Awlaki adalah kejayaan besar pemerintahan Obama dalam kempen intensif untuk menghapuskan kepemimpinan al-Qaeda selepas pembunuhan Osama bin Laden di Pakistan, Mei lalu. \rSerangan terhadap Awlaki itu diarahkan oleh unit khas Amerika yang turut mengarahkan serangan terhadap tempat persembunyian Osama.\rSelepas tiga minggu menjejaki sasaran, pasukan bersenjata Amerika dan jet pejuang menjejaki konvoi Awlaki, melakukan serangan pada awal kelmarin.\rAwlaki dan pasukannya bergerak di kawasan gurun di wilayah timur ibu negara Yaman berdekatan kampung Khasaf antara pergunungan di wilayah Jawf dan Marin, kata pegawai Yaman dan Amerika. \rKetua puak di kawasan itu memberitahu AP, abang salah seorang mangsa menyaksikan serangan itu. – AP\rINFO: Anwar al-Awlaki\rAwlaki menyampaikan khutbah dalam bahasa Inggeris mengenai jihad dari tempat persembunyiannya di Yaman.\rAwlaki termasuk dalam senarai ‘bunuh atau tangkap’ Agensi Perisikan Pusat (CIA) pentadbiran Presiden Barack Obama pada April 2010, warga Amerika pertama menjadi sasaran.\rObama menuduh Awlaki merancang cubaan pengeboman pesawat pada Krismas 2009 dan cubaan yang gagal pada 2010 untuk menghantar bahan letupan ke Amerika.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|