CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 1

Bekas kediaman Gaddafi popular

[Copy link]
Post time 1-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramai penduduk Libya kunjungi Bab al-Aziziya lihat keadaan di dalamTRIPOLI: Satu ketika dulu dikenali sebagai tempat yang paling digeruni dan penuh rahsia di Tripoli, kawasan kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Bab al-Aziziya kini dipenuhi rakyatnya yang mahu mengetahui apa yang ada di dalam, membuktikan perubahan besar di negara itu. \n\n\n\n  Dikelilingi tembok hijau dengan menara dan kawat berduri, kawasan seluas enam kilometer persegi di selatan pusat bandar Tripoli menjadi tempat kekuasaan Gaddafi sejak dekad lalu.\n\n\n\n\n\n  Oleh kerana terlalu ditakuti, penduduk Tripoli berkata, sesiapa  melalui kawasan itu akan berhenti bercakap dan hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah kawasan dalamannya.Bab al-Aziziya dibom jet NATO sebagai sebahagian kempen udara Tentera Bersekutu ke atas Libya, dirampas anggota bersenjata Majlis Peralihan Nasional (NTC) selepas pertempuran  pada 23 Ogos lalu.Ketika itu, ramai yang menyangka Gaddafi berada di dalam tetapi bekas pemimpin itu tidak ditemui sehingga kini.Sejak beberapa minggu lalu, ratusan warga Libya melawat kawasan itu setiap hari untuk meninjau apa yang ada di sebalik tembok itu.\n\n\n\n“Inilah tempat yang kita selalu takuti, sebelum ini tiada sesiapa yang mahu berada di dalam,” kata pelajar Tripoli, Esra Kamel, 22, yang melawat kawasan itu dengan ibu saudaranya.“Kini, sesiapa saja boleh berjalan masuk. Keadaan ini memang menakjubkan bagi kami.” Dihubungkan dengan jalan serta lorong, puluhan bangunan memenuhi kawasan itu termasuk kediaman peribadi Gaddafi, hospital swasta dan perumahan untuk kumpulan pengawal peribadinya.Sebahagian besar struktur bangunan kini musnah teruk akibat terkena tembakan kerana pertempuran sengit dan kemudian dibakar dan dirompak selepas kejatuhan Tripoli ke tangan NTC. Dindingnya dipenuhi dengan tulisan Arab dan Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Bebaskan Libya’ dan ‘Gaddafi: Permainan Tamat.’Pelawat berjalan di atas serpihan kaca, runtuhan batu dan konkrit yang bersepah, meninjau ke arah bilik gelap dan mengutip katrij bekas peluru di situ.Buku Hijau 1975 mengandungi falsafah politik Gaddafi yang wajib dibaca rakyat Libya, koyak dan bersepah. Taman yang dipenuhi dengan pohon palma dan rumput kini bertukar serta dipenuhi lumpur. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2011 12:10 PM | Show all posts
nasib ko lag gadaffi, sapa suruh menzalimi rakyat. kan sudah terima penghinaan di dunia lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051748 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list