CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Rundingan FTA menggalakkan

[Copy link]
Post time 1-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pusingan kelima dengan EU di Brussels bulan depan beri petunjuk positif \rPUSINGAN kelima rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) di Brussels pertengahan bulan depan memberi petunjuk positif bahawa ia berlangsung dengan baik setakat ini dengan perkembangan yang menggalakkan.\r\n\n\n\n\r  Duta EU ke Malaysia, Vincent Piket dalam satu pertemuan dengan media di Kuala Lumpur semalam berkata, rundingan itu sudah pastinya akan berdepan beberapa isu sensitif atau perkara agak sukar tetapi memberi jaminan ia pasti akan berakhir dengan satu kesepakatan bagi mewujudkan penyelesaian yang relevan.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya,  perjanjian perdagangan antara kedua-dua pihak ketika ini perlu mengambil kira kedudukan ekonomi Malaysia pada masa depan sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, justeru perbincangan yang dilakukan perlu menghalusi kaedah yang boleh diguna pakai untuk terus menjana pertumbuhan ini secara lebih agresif.\r“Hubungan perdagangan antara Malaysia dan EU selama ini terus mengukuh dengan peningkatan terus berlaku dari semasa ke semasa. Tahun lalu jumlah perdagangan kedua-dua negara adalah bernilai 1.9 bilion euro, iaitu yang tertinggi setakat ini.\r“Kedudukan yang kukuh ini juga dapat di lihat pada kadar eksport EU ke Malaysia yang meningkat 24 peratus antara  2009 dan 2010,” katanya.\rMengulas lanjut Piket berkata, FTA yang bakal dimeterai mampu menghasilkan pertumbuhan tambahan untuk kedua-dua negara dengan pertambahan lebih besar akan berpihak kepada Malaysia.\r\n\n\n\n\r“Menerusi FTA, Malaysia berpeluang menikmati tambahan pertumbuhan sebanyak lapan peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Angka itu walaupun kelihatan kecil tetapi ia akan membantu meningkatkan pendapatan, khususnya dalam mencipta lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.\rRundingan FTA antara EU dan Malaysia mula diadakan di Brussels pada 5 Oktober 2010 sempena mesyuarat antara Presiden EU Jose Manuel Barroso dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan perancangan pelaksanaan dalam tempoh 20 bulan.\rSiri keempat rundingan berlangsung di Kuala Lumpur Julai lalu dengan fokus kepada beberapa aspek utama seperti produk dan perkhidmatan serta komponen lain termasuk persaingan, pembangunan dan pendapatan kerajaan.\rSelepas Singapura, Malaysia ialah negara kedua di Asean yang bersetuju untuk mengadakan rundingan FTA dengan EU, selepas mengambil kira kedudukan rantau itu sebagai rakan perdagangan keempat terbesar negara ini.\rEU turut berperanan sebagai sumber pelaburan asing langsung terbesar Malaysia, manakala negara in i adalah rakan perdagangan kedua terbesar bagi EU di Asean.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047682 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list