View: 152|Reply: 0
|
Bumi Armada tembusi Australia
[Copy link]
|
|
Syarikat penyedia khidmat minyak luar pesisir peroleh kontrak RM1.46b bilion\rBUMI Armada Bhd, syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak luar pesisir pantai antarabangsa dari Malaysia mengembangkan perniagaan ke Australia apabila mendapat kontrak bagi pembekalan serta pengendalian Pengeluaran Penyimpanan dan Penyaluran Terapung (FPSO) bernilai RM1.46 bilion di negara itu.\r\n\n\n\n\r Kontrak itu diperolehnya daripada Apache Energy Ltd, iaitu pengeluar minyak dan gas utama Australia.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Eksekutifnya, Hassan Basma, berkata FPSO yang dikenali sebagai Armada Claire itu akan ditempatkan di blok WA-49-L, Lapangan Minyak Balnaves, di barat laut Australia yang adalah simpanan minyak dan gas terbesar negara itu.\rArmada Claire yang direka khusus dengan sistem berlabuh tahan ribut itu, katanya boleh memproses 80,000 tong minyak dan 50 juta kaki padu gas asli sehari, selain keupayaan penyimpanan lebih 750,000 tong minyak sehari.\r“Penganugerahan kontrak daripada sebuah syarikat antarabangsa ini mencerminkan keupayaan kejuruteraan kami, sekali gus mengisyaratkan kehadiran kami di pasaran Australia,” katanya sambil menambah kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Bumi Armada untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.\rBeliau berkata demikian pada majlis pemeteraian perjanjian pembekalan dan pengendalian FPSO Armada Claire antara Bumi Armada dan Apache Energy di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rHadir sama Pengarah Urusan Apache Energy, Tom Maher dan Pengurus Projeknya, Steve McCracken.\rHassan berkata, kontrak itu adalah untuk tempoh empat tahun dengan opsyen penyambungan semalam empat tahun lagi.\rIa dijangka meningkatkan nilai kontrak dalam tangan Bumi Armada kepada lebih RM7 bilion.\rSelain kontrak dengan Apache, beliau berkata Bumi Armada turut menyasar mendapatkan sekurang-kurangnya satu lagi kontrak FPSO daripada kontraktor perkongsian pengeluaran tempatan.\rSementara itu, Maher berkata, lapangan minyak Balnaves mengandungi simpanan minyak mentah jenis ‘light sweet’ berkualiti tinggi yang akan disambungkan kepada FPSO Armada Claire.\rPengeluaran pertama, katanya dijadualkan pada suku pertama 2014 dengan pengeluaran puncak kira-kira 30,000 tong sehari.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|