CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Portfolio: Dagangan ditutup lebih tinggi

[Copy link]
Post time 30-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
FBM KLCI pada  1,387.46 mata seiring  lantunan harga saham  AsiaHARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan lebih tinggi dalam dagangan lewat petang seiringan lantunan harga saham di pasaran ekuiti Asia, kata peniaga.\n\n\n\n  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 15.91 mata lebih tinggi pada 1,387.46 selepas  dibuka pada 1,361.43.\n\n\n\n\n\n  Pasaran Asia melantun atas dorongan harapan bahawa pihak berkuasa Jerman akan meluluskan pertambahan dana penyelamat zon euro, katanya.Indeks kewangan naik 47.939 mata kepada 12,606.39, Indeks Perladangan meningkat 38.53 mata kepada 7,006.45 dan Indeks Perusahaan mengukuh 45.73 mata kepada 2,551.26.Indeks FBM Emas meningkat 119.14 mata kepada 9,386.05, Indeks FBM70 melonjak 167.86 mata kepada 9,941.28, Indeks FBMT100 mara 116.41 mata kepada 9,241.22 dan Indeks FBM ACE menokok 30.58 mata kepada 3,616.40.Saham untung mengatasi rugi 513 berbanding 229,  manakala 228 kaunter tidak berubah, 517 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung urus niaga.\n\n\n\nJumlah dagangan bertambah kepada 920.957 juta saham bernilai RM1.366 bilion daripada 850.054 juta saham, bernilai RM1.517 bilion yang dicatatkan kelmarin.Saham cergas, Compugates Holdings naik setengah sen kepada 6.5 sen, SP Setia mengukuh 37 sen kepada RM3.87, GPRO Technologies menambah sesen kepada 15 sen dan Asiaep Resources menokok setengah sen kepada 7.5 sen.Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik sesen kepada RM7.98, CIMB Group turun 13 sen kepada RM6.88, Sime Darby meningkat 34 sen kepada RM8.48 dan Petronas Chemicals mengukuh tujuh sen kepada RM5.55.Jumlah dagangan dalam pasaran utama bertambah kepada 714.4 juta saham bernilai RM1.34 bilion daripada 658.915 juta saham bernilai RM1.497 bilion  dicatatkan kelmarin.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 127.34 juta unit bernilai RM14.275 juta daripada 142.958 juta unit bernilai RM16.225 juta yang diurus niaga sebelumnya.Waran meningkat kepada 72.06 juta saham bernilai RM4.56 juta daripada 45.649 juta saham bernilai RM2.862 juta.Barangan pengguna menguasai 21.6 juta saham  diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 91.7 juta, pembinaan 37.5 juta, perdagangan dan perkhidmatan 253.8 juta, teknologi 12.5 juta, prasarana 18.9 juta, kewangan 83.2 juta, hotel 1.7 juta, harta 157.5 juta, perladangan 31.2 juta, perlombongan 20,000, REIT 2.5 juta dan dana tertutup 81,000. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044798 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list