|
Pesawat A330 boleh bawa muatan 70 tan, kapasiti penerbangan 4,000 batu nautika \rMASKargo Sdn Bhd, syarikat kargo udara milik Penerbangan Malaysia (MAS), menyasar dapat memperkukuhkan rangkaiannya ke rantau Asia, Eropah dan Australia selepas pesawat A330-200F membuat penerbangan dari Narita, Jepun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kelmarin.\r\n\n\n\n\r Penerbangan pesawat yang membawa muatan kargo sebanyak 20 tan itu, adalah pesawat bersaiz sederhana yang cekap dalam angkatan pesawat syarikat itu. \r Ia mampu membawa sehingga 70 tan dengan kapasiti penerbangan sehingga 4,000 batu nautika.\r\n\n\n\n\n\rKetibaan pesawat A330 di Bahagian Kargo MASKargo di LTAPP tepat jam 7.45 malam kelmarin, disambut Naib Presiden MASKargo (Pengurusan Hasil), Jamaludin Ismail.\rJamaludin berkata, pesawat berkenaan adalah yang pertama daripada empat pesawat kargo A330-200F yang ditempah di pusat pemasangan Airbus di Toulouse, Perancis, yang diterima MASKargo pada 15 September lalu.\r“Kejayaan pesawat ini adalah langkah strategik untuk membuka pasaran Jepun ke Malaysia, sekali gus mengurangkan tempoh masa dan meningkatkan prestasi masa antara kedua negara. \r“Penggunaan pesawat yang dilengkapi enjin Pratt Whitney PW4170, dapat memperkukuhkan rangkaian ke destinasi baru seperti Osaka, Taipei, Karagandy (Kazakhstan) dan juga ke Eropah dan Australia,” katanya.\rBeliau berkata, penggunaan pesawat itu adalah perubahan dalam modul perniagaan dan operasi kerana pesawat A330 yang menjadi aset MASKargo mampu menjimatkan kos minyak berbanding pesawat kargo 747-200F susulan kenaikan harga bahan api kira-kira 35 peratus tahun lalu.\rPenerbangan menggunakan pesawat A330 berharga AS200 juta, seterusnya adalah ke Osaka pada 29 Oktober ini disusuli Taipei dan Karagandy (Kazakhstan).\r“Kami berharap dengan tiga lagi pesawat A330 yang akan diterima pada November dan Januari depan serta April 2012 akan dapat meningkatkan pendapatan sebanyak RM200 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|