|
RAMALLAH: Palestin mendapat sokongan lapan anggota Majlis Keselamatan untuk menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kurang satu untuk mendapatkan sembilan undian diperlukan.\rBercakap kepada media di sini, Menteri Luarnya, Riyad al-Maliki berkata beliau menerima jaminan daripada dua lagi negara - Nigeria dan Gabon – untuk mengundi bagi pihak Palestin.\r\n\n\n\n\r “Lapan negara menyokong Palestin dalam Majlis Keselamatan. Kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan undian kesembilan dan kesepuluh,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n Riyad berkata, Palestin mendapat jaminan undian ‘ya’ dari Lubnan, Russia, China, India, Afrika Selatan dan Brazil sebagai tambahan kepada pengesahan baru dari Nigeria dan Gabon.\r“Kami sedang berusaha mendapatkan undi Bosnia, Colombia dan Portugal,” katanya lagi.\rBeliau dijadualkan melawat Bosnia sejurus selepas itu manakala Presiden Palestin Mahmud Abbas akan melawat Colombia, Portugal, Honduras dan Republik Dominica pada Oktober ini. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|