CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8986|Reply: 10

Tempat servis kereta.

[Copy link]
Post time 29-9-2011 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Mod, dah cari thread tempat servis kereta. Kalo xboley tanya sini ada pun dah ade, delete/merge kan k? TQ

Just nak tanya kawan kawan kat forum ni, selalu kat mana korang servis kereta?

Kenapa korang pilih tempat tu? Kalo ingat ape yg selalu korang serviskan dan berapa harga nye boley listkan yeee?

Dan andai kata ada tempat yg korang cuba avoid, ley gtau sebab nya jugak k.

Ingat weekend ni nak servis kereta (Proton persona), disebabkan kereta dah masuk 2tahun dan lebik 50ribu km, rasanya dah abis warranty.. So mcm mls jek nk g proton cz labour cas dahla tinggi (Tak mampu) hihi

So minta kawan kawan bg pencerahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 05:13 PM | Show all posts
TT kat area mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 07:16 PM | Show all posts
Mod, dah cari thread tempat servis kereta. Kalo xboley tanya sini ada pun dah ade, delete/merge kan  ...
Addictedroxy Post at 29-9-2011 16:52


Aku pun menggunakan Proton Persona juga, sekarang ini masuk tahun ketiga tapi dah lebih dari 80 kilometer sebab aku suka melancong menaiki kereta.

Masa awal-awal dulu aku pun biasa juga service di pusat service Proton, maklumlah tak tahu sangat lagi pasal kereta dan kereta ini adalah kereta pertama aku jadi aku skema saja ikut saranan pihak Proton tu untuk memelihara jaminannya. 4 kali servis terawal memang aku hantar di pusat service saja dengan bayaran sekitar RM 180 sebegitu, tapi disebabkan servis kali keempat itu dia nak caj  aku RM 500++ untuk major/minor servis aku dah jadi malas. Jadi aku dah setkan baiki apa yang patut yang masih dalam jaminan dan kemudian untuk major servis aku hanya hantar di bengkel bawah pokok kedondong saja.

Bayarannya sangat murah iaitu separuh dari yang perlu di bayar di pusat servis tu, dan selepas itu aku hanya perlu bayar RM100 setiap 4000-5000km untuk semi/full syntetic dan pernah juga masa aku tak berduit hanya hantar servis untuk RM48 tapi jenis minyak hitam yang murah saja lah. Aku biasa hantar di Eneos, tapi semenjak adanya tawaran online secara maya seperti Groupon, Milkadeal, Everday dan sebagainya aku jarang setia dengan 1 tempat. Harganya jauh lebih murah setakat ini berbanding tanpa voucher dengan lebih banyak pemeriksaan, kadang itu percuma cucian kereta lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 2# ainnaza


    Kat pandan Indah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 11:15 AM | Show all posts
Reply 3# dr.R


    Wahhh, beraninye servis kereta pakai kupon groupun milkadeal semuanyee, takut jugak if x stick dgn one company enjinnye cepat rosak, yelaa macam mcam produk yg bertukarr

Me lebih suka beli voucher tu untuk pegi facial dan makan jek

So anyonee, xde suggestion kee?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    Wahhh, beraninye servis kereta pakai kupon groupun milkadeal semuanyee, takut  ...
Addictedroxy Post at 30-9-2011 11:15


Ye aku tidak kisah sangat mengenai jenis jenama minyak pelincir (minyak hitam) ini semasa servis kereta, yang aku lihat selalunya sama ada ianya fully synthetic atau pun semi synthetic saja. Selain itu aku lihat juga lebal yang bertanda seperti 10w/50 15w/40 sekian-sekian yang tertara pada botol minyak pelincir itu, aku bukan tahu sangat mengenai kereta ini sebab baru saja kurang 3 tahun aku memiliki kereta sendiri. Ialah setakat service biasa apa lah sangat yang ditukarnya, minyak pelincir + penapis minyak + air bateri (kalau guna sel basah) tapi ramai sekarang guna bateri sel kering.

Setakat ini aku sudah 4 kali menggunakan voucher melalui online, semuanya tempat yang berbeza dan bagi aku semuanya aku berpuas hati sangat-sangat. Bayangkan dengan minyak pelincir fully synthetic yang berharga lebih dari rm100 tapi melalui tawaran online aku boleh dapatkannya semurah rm48 sahaja, itu tak termasuk percuma cuci kereta dan vacum sekali. Untuk major service, aku pernah membuatnya sekali di tempat aku servis kereta menggunakan kupon untuk tukar minyak pelincir tu, harganya sangat berbaloi dan bagusnya selalunya servis mereka sekali dengan pakej 36 check point untuk keseluruhan kereta.

Berbalik pada minyak pelincir kereta, nak kongsi juga sedikit info mengenai apa yang tertulis pada lebal botol minyak itu contoh 10w/40 lah, 15w/35 lah kan bermacam-macam. W itu merujuk pada 'winter' iaitu kadar kelikatan minyak pelincir masa suhu sejuk (musim sejuk / awal pagi), manakala angka selepas '/' contoh /40 itu pula adalah kadar kelikatan minyak pelincir masa suhu panas (musim panas). Maksudnya di Malaysia memadai saja 15w kan, sebab awal pagi di negara kita tidak lah tahap beku untuk memungkinkan kita susah nak hidupkan enjin kereta tu. /40 juga sesuai di Malaysia untuk daya tahan minyak pelincir pada suhu panas enjin kereta, lagi tinggi lagi bagus di negara kita yang panas ini. Tapi kalau dapat yang lagi rendah dari 15w dan lebih dari /40 itu adalah bonus, contoh 10w/40, 10w/45, 5w/40 dan selanjutnya tapi harga tentunya lagi mahal bukan. Kalau salah pemahaman maaf ye, boleh tolong betulkan mana yang berkaitan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    Wahhh, beraninye servis kereta pakai kupon groupun milkadeal semuanyee, takut  ...
Addictedroxy Post at 30-9-2011 11:15


Tak tahu nak bagi cadangan dimana tempat yang bagus, sebab aku sendiri pun main taram saja tempat servis itu bergantung pada keadaan (sebenarnya tunggu tawaran online murah dan berdekatan dengan tempat tinggal ). Aku dah banyak kali juga buat rawatan kereta seperti polish, wax dan sebagainya tu, sekarang ini kereta aku dah nampak macam baru walaupun aku ini tak pandai pun jaga kereta. Boleh kata 2 bulan sekali aku akan beli voucher untuk wax dan polish itu, setakat ini ada yang semurah rm80 sahaja untuk 3 layer dan rm40 untuk 2 layer dengan pakej cuci kereta dan vacum percuma 2 kali atau selama sebulan.

Bukan itu saja, aku juga pernah membeli kupon untuk pemeriksaan tayar dan servisnya sekali. Pakej balancing + alignment untuk semua tayar hanya rm20 sahaja yang mana kalau kamu buat di bengkel biasanya rm15 untuk sebiji tayar, tapi itulah rakan-rakan aku kata sangat jakun aku ini semua hidup guna kupon makan macam dalam penjara pula semuanya perlukan kupon. Tapi aku tidak kisah pun, penting aku boleh dapatkan servis yang terbaik dengan harga yang sangat berbaloi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 09:06 PM | Show all posts
aku drive kancil...

dari awal sampai skrg .... kalo service berjadual, wat kat perodua service center...
tapi kalo ada major, selalu wat kat workshop luar jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 12:31 AM | Show all posts
x pernah aku jejak proton service centre tu.

nak2 plk bila baca bnyk komen drp user yg claim bayar mahal tp servis mcm taik.

normally service centre mmg kaki sembelih customer, apa2 barang semua nak tukar, rosak skit pun kasi tukar 1 bundle terus walhal bleh je repair part yg rosak kalo nak.

so far aku servis kete kat bengkel cina yg selalu aku pg.harga x la mahal sgt tp yg penting servisnya mmg bagus.walaupun dia dah pindah kedai lain aku tetap cr pomen yg satu ni sbb kerja2 dia mmg memuaskan hati aku.x penah aku tukar pomen lain selain drp dia.

kete aku dah nak masuk 6 tahun.tp bila org lain test drive mesti akan kata pergh mcm kereta baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:50 AM | Show all posts
Ye aku tidak kisah sangat mengenai jenis jenama minyak pelincir (minyak hitam) ini semasa servis ...
dr.R Post at 30-9-2011 15:37


36 check point tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 12:08 PM | Show all posts
lepas abis warranty, servis kat bengkel cina dekat dgn rumah aje
servis bagus, sbb aku regular customer, kalau dtg nak repair sket2 yg ala2 makan masa 5-10 min, dia bagi free aje

dia pun dah familiar dgn kehendak aku dan kereta aku, letak kunci aje, petang ambik,
apa2 hal dia cal back sekiranya nak tukar apa2, dia inform dan quote harga dulu sebelum memandai tukar

yg penting regular maintenance every 5000km kereta aku in good working condition selama 10 tahun aku pakai takda masalah

skrang da tukar kereta baru, sementara dalam 3 year warranty aku hantar kat dealer punya service center
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061697 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list