CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

PNB tawar beli saham SP Setia

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengambilalihan terbesar sektor hartanah bakal muncul tempoh 20 tahun \rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) semalam mengemukakan tawaran untuk mengambil alih saham yang tidak dimilikinya dalam SP Setia Bhd, syarikat hartanah terbesar tempatan dari segi jualan, pada harga RM3.50 seunit bagi saham biasa dan 91 sen seunit bagi waran.\r\n\n\n\n\r  Tawaran yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6.9 bilion itu dikemukakan selepas PNB dan pihak berkepentingan bersama (PAC) sehingga kelmarin menguasai 33.17 peratus ekuiti dalam SP Setia, sekali gus melepasi paras minimum 33 peratus yang memerlukan ia membuat tawaran pengambilalihan mandatori (MGO).\r\r\n\n\n\n\n  Jika menjadi kenyataan, urus niaga itu bakal muncul pengambilalihan terbesar sektor hartanah di Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun.\rMaybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB), yang bertindak bagi pihak PNB dalam kenyataannya semalam berkata, harga tawaran itu mewakili premium 40 sen atau 11.43 peratus berbanding harga penutup SP Setia kelmarin pada RM3.50 sebelum ia digantung urus niaga semalam.\rMaybank-IB berkata, PNB berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian syarikat hartanah itu di Bursa Malaysia.\r“Jika jumlah penerimaan tawaran itu menyaksikan sebaran pemilikan saham oleh orang awam dalam SP Setia kurang daripada 25 peratus, pihak yang membuat tawaran akan meneroka pelbagai pilihan atau cadangan untuk memperbaiki semula keadaan itu,” kata kenyataan itu. \r\n\n\n\n\rKetua Eksekutif Kumpulan SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin kini menguasai 11.3 peratus ekuiti dalam syarikat itu.\rBagaimanapun, SP Setia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia petang semalam meminta PNB menyemak semula harga yang ditawarkan itu kerana ia secara dasarnya adalah di bawah nilai. \rKatanya, penelitian itu dibuat selepas mengambil kira penilaian luaran yang dibuat oleh penganalisis pelaburan sebelum tawaran itu dikemukakan.\r“Berdasarkan asas itu, bagi melindungi kepentingan pemegang saham minoriti, ahli Lembaga Pengarah memutuskan untuk menunggu tawaran saingan daripada pihak lain yang berminat untuk membeli saham syarikat.\r“Kami juga akan mengemukakan pertanyaan kepada PNB sama ada mereka berminat untuk menyemak semula harga tawaran itu lebih tinggi bagi mencerminkan harga yang lebih hampir dengan nilai sebenar SP Setia,” katanya. \rKenyataan itu berkata, keputusan itu diambil pada mesyuarat tergempar lembaga pengarah dengan undian setuju semua ahli yang hadir kecuali Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.\rWan Mohd Zahid dan Datuk Noor Farida Mohd Ariffin, yang tidak hadir pada mesyuarat Lembaga Pengarah semalam adalah individu yang berkait dengan PNB.\r“Kedua-dua pengarah itu akan terus dikecualikan daripada membuat undian di semua mesyuarat Lembaga Pengarah berhubung tawaran itu,” katanya.\rSP Setia berkata, sejajar Kod Malaysia Bagi Pengambilalihan dan Penggabungan 2010, Lembaga Pengarah akan turut melantik penasihat bebas, yang tertakluk kepa-\rda kelulusan Suruhanjaya Sekuriti bagi memberi khidmat nasihat kepada pengarah tidak berkaitan syarikat itu dan pemegang sekuriti berkaitan tawaran berkenaan.\rSementara itu, penganalisis berkata, jika PNB mahu menguasai kepentingan dalam SP Setia, mereka perlu mengekalkan status penyenaraiannya kerana pengalaman pengurusan yang dimiliki syarikat itu diterajui Kee Sin adalah aset penting kepada prospek pertumbuhannya.\r“Kemungkinan untuk PNB menjadikan SP Setia sebagai syarikat persendirian adalah sangat tipis kerana langkah itu hanya akan menyusutkan nilai syarikat itu.\r“Adalah adil untuk mengatakan bahawa pasukan pengurusan syarikat itu di bawah Kee Sin adalah sangat profesional dan sukar untuk digantikan,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.251633 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list