CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

PROTON labur RM8 juta setahun latih tenaga mahir

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd melaburkan RM8 juta setahun menerusi dana latihan modal insan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan syarikat khususnya dalam bidang automotif.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kumpulan itu meletakkan sasaran untuk menembusi pasaran Asia, China, India dan Asia Barat justeru keperluan tenaga mahir amat kritikal bagi memastikan pengeluaran produk yang berkualiti dan setanding dengan piawaian antarabangsa.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, bekalan tenaga mahir yang mencukupi perlu disediakan sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun akan datang agar sasaran itu berjaya direalisasikan dengan sempurna, sekali gus memartabatkan jenama Malaysia di dunia global.\r\r\n\n\n\n\n  Jika kita ingin menakluk pasaran global dengan produk yang kita keluarkan, maka adalah menjadi kewajipan untuk kita menyedari kepentingan tenaga  mahir yang dijana menerusi pembentukan modal insan yang sempurna. \rDalam perkara ini kita sama sekali tidak boleh mengetepikan aspek sumber manusia dalam menyediakan pelbagai skim latihan untuk pekerja mahir ini, katanya kepada media pada majlis pelancaran Minggu Sumber Manusia di Shah Alam semalam.\rMinggu Sumber Manusia PROTON yang diadakan setiap dua tahun itu seiring dengan dasar syarikat membangunkan modal insan yang lebih berkaliber dan bertaraf antarabangsa, khususnya menerusi penganjuran Persidangan Antarabangsa Sumber Manusia Proton, membabitkan hampir 60 petugas PROTON dan anak syarikat dari dalam serta luar negara.\rSebagai pengeluar kereta nasional jelas Syed Zainal, PROTON tidak terkecuali daripada menerima tempias positif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirangka khusus untuk menaikkan taraf Malaysia sebagai status negara maju menjelang 2020.\r\n\n\n\n\rKerana itu pada hari ini (semalam), kita turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Ini semua untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan vokasional pekerja dalam bidang automotif.\rBersama JPK, kami berhasrat menetapkan piawaian dan menerbitkan buku panduan bagi kemahiran teknikal, selain mengadakan pelbagai program berkaitan bidang automotif. bersama UniKL pula, kami akan membangunkan modul latihan yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia peringkat 4 dan 5 bagi jurusan automotif, katanya.\rPada majlis tersebut, 43 kakitangan Proton berjaya memiliki Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) manakala 16 lagi menerima Diploma In Education & Training (Automotive Technology) selepas mengikuti pengajian selama 18 bulan di Malaysia France Institute (MFI).\rTurut hadir merasmikan Minggu Sumber Manusia itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.992402 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list