CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Harga emas jatuh mendadak

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir  20 peratusALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.\rKontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.\r\n\n\n\n\r  Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.\rAhli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.\rBagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).\rKedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.\r\n\n\n\n\rNamun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.\rBagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.\rHarga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.\rPakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.\rDengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.\rSementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.\rUntuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya.  Reuters\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.610153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list