CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Manfaat peluang labur di Itali

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN ramai yang bimbang dengan keadaan ekonomi Itali terutama apabila dilihat semakin mengikut jejak Greece yang hampir bankrap,   potensi sebenar ekonomi negara yang dipacu sektor swasta itu masih terbuka luas untuk dimanfaatkan pelbagai negara termasuk Malaysia.\rJusteru, sebahagian penting Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Itali, Norway dan Sweden yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed minggu ini adalah memeterai mesyuarat pertama Jawatankuasa Ekonomi Bersama (JEC) Malaysia-Itali hari ini selepas idea ke arah kerjasama rapat ekonomi itu dirumus pada Jun 2007.\r\n\n\n\n\r   Mesyuarat Pertama JEC akan dipengerusikan Mustapa dan rakan sejawatnya, Menteri Pembangunan Ekonomi Itali, Paolo Romani. \r\r\n\n\n\n\n   Mustapa berkata, deklarasi untuk pembentukan JEC sudah dipersetujui ketika lawatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, tetapi sejak itu tiada susulan dan keputusan yang dicapai hinggalah Itali menawarkan menjadi hos mesyuarat pertama yang akan menyaksikan kerjasama rapat kedua-dua negara serta usaha memudah cara urusan perdagangan dan pelaburan. \rMesyuarat ini juga akan menjadi saluran untuk meningkatkan lagi pelaburan langsung dalam kalangan syarikat kedua-dua negara serta mengenal pasti halangan bukan tarif dan mempergiat kerjasama sektor swasta kedua-dua negara, katanya selepas mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Itali menjelang mesyuarat JEC, di Milan, semalam. \rTurut sama dalam misi galakan perdagangan dan pelaburan ini ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Duta Malaysia ke Itali, Datin Paduka Halimah Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha MITI (Perdagangan) Zulkafli Abdul Karim, manakala agensi lain termasuk Institut Automotif Malaysia, Malaysia Biotech Corp, Lembaga Penggalakkan Perkayuan Malaysia (MTIB), Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan Malaysia Green Technology Corp. \rMengulas lanjut, Mustapa berkata, antara bidang dan projek yang akan terbabit dalam JEC termasuk automotif terutama dalam aspek rekaan, perabot kayu, bioteknologi, produk halal dan persijilan, perubatan dan pembinaan keupayaan serta langkah memudah cara perdagangan dan pelaburan terutama membabitkan isu cukai berganda.\r\n\n\n\n\rSecara teknikal, Malaysia adalah antara pelbagai negara yang diletak Itali dalam \'senarai hitam\' kerana rejim cukai yang rendah dikatakan memberikan kelebihan tidak adil kepada Malaysia, justeru pelabur dari Itali tertakluk kepada cukai dua kali. Bagaimanapun, perkara itu sedang dalam perbincangan untuk penyelesaian antara kementerian kewangan kedua-dua negara. \rMustapa berkata, pelaburan Itali ke Malaysia secara asasnya masih rendah dan kini lebih tertumpu dalam peralatan pertahanan, justeru JEC disasarkan menjadi pencetus lonjakan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha di negara itu mengenai peluang di Malaysia. \rPada 2010, Itali adalah rakan dagang ke-5 Malaysia, 6.5 peratus dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (UE) membabitkan nilai RM8 bilion, sementara eksport ke negara itu berjumlah RM3.4 bilion atau 5 peratus eksport negara ke EU. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.326323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list