|
Kerjasama MAS, AirAsia turut latih juruterbangKERJASAMA strategik antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd khususnya dalam penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) serta latihan juruterbang pesawat komersial akan menjadikan Malaysia sebagai pusat terbesar kedua-dua bidang itu di Asia.\rKetua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata kedua-dua syarikat penerbangan itu mempunyai kekuatan masing-masing dalam bidang berkenaan dan jika ia digabungkan mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.\r\n\n\n\n\r Katanya, MAS mempunyai kemudahan latihan juruterbang yang mantap dan syarikat penerbangan itu juga mempunyai rekod kecemerlangan dalam melahirkan juruterbang yang berkualiti. \r\r\n\n\n\n\n Jika kekuatan MAS dan AirAsia dari segi latihan juruterbang digabungkan, ia mampu menjadi pelatih juruterbang terbesar di rantau Asia. Malah, kita sememang sudah mengatasi Singapura dalam bidang itu, katanya ketika ditemui di Forum Khazanah MegaTrends 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rBeliau berkata demikian bagi mengulas mengenai potensi kerjasama strategik yang boleh dilakukan antara MAS dan AirAsia berikutan janji niaga pertukaran saham antara pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dengan Tune Air Sdn Bhd pada bulan lalu.\rMengikut janji niaga itu, Khazanah mengambil alih 10 peratus kepentingan ekuiti dalam AirAsia sementara itu Tune Air Sdn, cabang pelaburan milik Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, menguasai 20.5 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS.\rFernandes juga berkata dengan mengadakan usaha sama dengan pihak lain dalam bidang MRO juga mampu menjadikan MAS dan AirAsia sebagai pesaing sebenar Singapura dalam segmen berkenaan di rantau ini.\r\n\n\n\n\rJika kita lihat pada kapasiti MAS dan AirAsia, ia boleh menjadi pusat MRO terbesar, katanya.\rFernandes berkata, pihaknya juga kini sedang berunding untuk bekerjasama dengan MAS dalam bidang lain termasuk kargo, jualan, pengedaran dan katering dalam usaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos kedua-dua syarikat.\rBeliau berkata pihaknya dijangka mengumumkan maklumat lanjut mengenai kerjasama strategik itu dalam tempoh terdekat bergantung kepada kelulusan perundangan yang membabitkan undang-undang anti-persaingan.\rBeliau juga sangat optimis dengan potensi yang bakal diwujudkan dengan kerjasama strategik kedua-dua syarikat penerbangan itu.\rMalaysia sudah lama menjadi hab kedua selepas Singapura dalam sektor penerbangan. Saya fikir keadaan ini akan berubah dan ramai penumpang akan datang ke KLIA, katanya.\rSelain kerjasama strategik, Fernandes berkata penjenamaan sangat penting dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap MAS dan AirAsia.\rKita memerlukan jualan yang besar untuk bersaing di peringkat global. Kita perlu dikenali. Justeru, kita perlu penjenamaan untuk memberitahu kepada dunia bahawa kita mempunyai produk yang terbaik, katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|