CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Kaji dasar Afghanistan

[Copy link]
Post time 26-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PM Pakistan sifatkan  AS tidak menentu hadapi militanISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani, membidas Amerika Syarikat kerana menuduh Islamabad ada hubungan dengan kumpulan pengganas Haqqani sebaliknya mengingatkan Washington bahawa amalan menyalahkan pihak lain hanya sia-sia dan menyifatkan dasar Amerika di Afghanistan sebagai berkecamuk.\rGilani menekankan, mengambil kira pengorbanan rakyatnya dan anggota keselamatan Pakistan, malang sekali negaranya dipersalahkan dalam satu kempen seperti propaganda.\r\n\n\n\n\rIa hanya menyemarakkan ketegangan dan tidak membawa apa-apa kebaikan. Jadi, ia tidak mengambil kira pengorbanan penduduk Pakistan dan memusnahkan usaha bersama bertahun-tahun lalu, katanya.\r\r\n\n\n\n\nLebih 35,000 warga Pakistan maut dalam kempen menentang keganasan dan ramai lagi cedera. Malah, katanya, Amerika sedar kejayaan Pakistan menahan dan membunuh ramai anggota al-Qaeda.\rAmalan menyalahkan orang lain hanya sia-sia. Ia hanya memberi faedah kepada militan, tegasnya.\rPenyerang melancarkan serangan roket dan melepaskan tembakan selama 19 jam ke arah kedutaan Amerika dan ibu pejabat NATO di Kabul awal bulan ini menyebabkan 15 maut dan menjadikan kawasan itu umpama zon perang.\rDalam perkara itu, Gilani menekankan, negaranya tidak bertanggungjawab atas keselamatan askar asing di Afghanistan dan ia juga menjadi mangsa serangan pengganas dari wilayah jirannya.\r\n\n\n\n\rPengganas menyerang Kabul dan Wardak serta banyak kali melakukannya dari daerah Nooristan dan Kunar dalam wilayah Afghanistan ke atas Pakistan. Tentera Af-ghanistan, NATO dan pengaman ISAF tidak sepatutnya membenarkannya berlaku.\rGilani menyifatkan tuduhan Amerika terhadap Pakistan menunjukkan wujudnya kekeliruan dan masalah dasar Amerika menghadapi Afghanistan.\rKami menolak sekeras-kerasnya tuduhan kami bekerjasama rapat dengan kumpulan Haqqani atau terbabit dalam perang proksi, katanya dalam satu kenyataan pejabatnya ketika hubungan Islamabad dan Washington semakin tegang.\rJumaat lalu, Rumah Putih menuntut Pakistan menamatkan sebarang hubungan dengan kumpulan Haqqani, puak Taliban yang diasaskan Jalaluddin Haqqani, aset Agensi Perisikan Pusat  yang kemudian menyokong al-Qaeda.\rKumpulan Haqqani mempunyai 2,000 anggota yang bebas bergerak tetapi akur kepada sebarang keputusan pemimpin pergerakan itu.\rHaqqani diberi dana oleh Amerika untuk memerangi tentera Soviet di Afghanistan sejak 1980-an dan berada di Pakistan bersama keluarganya. - AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.323506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list