CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Hollywood bagaikan tong sampah

[Copy link]
Post time 25-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Agak pelik di sebalik kemasyhuran Hollywood yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, papan tanda besar lokasi glamor itu bertentangan kota Los Angeles mencetuskan kemarahan penduduk.\rPelancong sudah lama datang ke situ untuk mengambil gambar berlatar belakang papan tanda berkenaan. Masalahnya, mereka memasuki kawasan Bukit Hollywood itu sesuka hati pada masa ini menggunakan peralatan canggih satelit dan enjian carian Google Earth.\r\n\n\n\n\rKeadaan itu memaksa penduduk tempatan membuat aduan selepas pelancong membuang sampah dan puntung rokok yang boleh mengakibatkan kebakaran pada musim panas dan kering di kaki bukit itu selain menyebabkan kesesakan jalan.\r\r\n\n\n\n\nAda di kalangan penduduk yang menunjukkan kemarahan atas kehadiran pelancong di kawasan itu,  lapor agensi berita AFP yang dipetik Sydney Morning Herald.\rMalah, ada papan tanda memberi peringatan Amaran: Kawasan ini bukan untuk pelancong. Semua pelancong sila beredar yang dipasang penduduk di kaki Gunung Lee menempatkan papan tanda setinggi 13 meter itu.\rPapan tanda besar mulanya dipasang sebagai papan iklan hartanah Hollywoodland sebelum empat huruf belakangnya hilang dan menjadi ikon industri perfileman. Ia boleh dilihat sehingga beberapa kilometer jauhnya dari Los Angeles. \rBagi pelancong, lokasi yang paling hampir untuk mendapatkan sudut rakaman gambar terbaik ialah di bawah Hollywood Boulevard, satu atau dua kilometer dari Hollywood dan Highland Center bersebelahan Teater China Graumann dan Walk of Fame.\r\n\n\n\n\rTetapi, keadaan berubah selepas wujudnya sistem pengesanan global (GPS), membolehkan orang ramai dengan mudah mencari laluan ke bukit itu.\rSejak beberapa minggu kebelakangan ini, kemarahan mula mencetuskan ketegangan antara kejiranan di kawasan jalan menuju ke bukit itu, di sekeliling Tasik Hollywood dan Taman Griffith di lingkaran utara Los Angeles.\rTiada siapa dalam bilik ini menentang pelancong, kata ahli majlis perbandaran, Tom LaBonge dalam mesyuarat penuh emosi berikutan kebanjiran pelancong.\rSesetengah pelancong turut mengadu mengenai sikap penduduk tempatan di kawasan mewah itu dengan menyatakan papan tanda Hollywood menyebabkan hartanah di kawasan itu bernilai tinggi.    AFP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.222260 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list