CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Pertumbuhan ekonomi dunia turun: IMF

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun 2011 dan 2012 antara 0.3 hingga 0.5 peratus berikutan masalah ekonomi yang berterusan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.\rDalam laporan Unjuran Ekonomi Dunia bagi September, IMF mengunjurkan kadar pertumbuhan empat peratus bagi 2011 dan 2012 berbanding 4.3 peratus dan 4.5 peratus pada Jun.\r\n\n\n\n\r  Unjuran IMF bagi AS berkurang kepada 1.5 dan 1.8 peratus daripada 2.2 dan 2.6 peratus sementara bagi negara Eropah, ekonominya dijangka berkembang 1.6 dan 1.1 peratus berbanding dua dan 1.7 peratus yang diunjurkan pada Jun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Negara Asia dijangka kurang terjejas dalam unjuran IMF dengan China kini dijangka berkembang 9.5 dan sembilan peratus berbanding 9.6 dan 9.5 peratus pada Jun.\rNamun begitu, bagi negara ASEAN 5 iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam, ekonomi diunjurkan berkembang 5.3 dan 5.6 peratus berbanding  5.4 dan 5.7 peratus.\rIMF berkata, krisis ekonomi di AS dan EU adalah lebih lama daripada dijangkakan untuk diselesaikan.\r“Amat membimbangkan, penunjuk keyakinan pengguna dan perniagaan di negara maju susut secara drastik, dan bukannya semakin kukuh berikutan kehadiran kejutan sementara yang tidak dapat dijangkakan,” katanya dalam laporan itu.\r\n\n\n\n\rNamun, IMF  berkata, laporan dari Jepun menggalakkan dan menunjukkan pemulihan yang pesat dalam keluaran industri dan perbelanjaan domestik.\rLaporan itu mengatakan senario yang paling teruk ialah bank-bank di Eropah perlu  segera menyerap kerugian pasaran dan paras modal yang menyusut sehingga 10 peratus mencetuskan pusingan baru pengurangan kewangannya dan Asia mungkin berdepan peningkatan dalam kerugian berkaitan pinjaman hartanah. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list