|
NIKON memperkenalkan kamera sistemnya yang pertama, iaitu Nikon 1 dan yakin produk baru itu mampu membantu jenama itu muncul peneraju pasaran kamera di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang.\rKetika ini, Nikon berada di kedudukan kedua di belakang Canon dengan penguasaan pasaran sebanyak 32 peratus.\r\n\n\n\n\r Pengurus Besar, Jabatan Jualan Produk Pengguna Nikon Malaysia Sdn Bhd, Hon Soon Teng, berkata kamera sistem masih baru di negara ini dan ia memiliki potensi pasaran yang besar.\r\r\n\n\n\n\n “Kami yakin kamera sistem Nikon ini akan menerima sambutan daripada pengguna, seterusnya membantu kami muncul sebagai peneraju pasaran kamera di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kamera Nikon 1 di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Perancangan Antarabangsa Nikon, Uemura Kimito serta Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Penggunanya, David Ng Choon Yiak.\rHon berkata, walaupun Nikon berada di kedudukan kedua dari segi pasaran kamera keseluruhannya, namun bagi kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR), Nikon berada di kedudukan pertama dengan penguasaan pasaran sebanyak 49 peratus.\rSementara itu, Nikon 1 yang dilancarkan semalam ditawarkan dalam dua versi, iaitu Nikon J1 dan Nikon V1 yang masing-masing memiliki keupayaan sama seperti kamera DSLR.\r\n\n\n\n\rKedua-duanya didatangkan dengan teknologi auto fokus dan pemprosesan imej terpantas selain kebolehan merakam gambar dan video dalam definisi tinggi.\rKamera berkenaan dilengkapi dengan enjin Expeed 3 lebih canggih yang mampu memproses imej lebih pantas selain lensa yang boleh ditukar sama seperti kamera DSLR.\rBagi versi J1, ia boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, putih, coklat, pink dan merah manakala untuk V1 hanya ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih.\rHarga kedua-duanya belum ditetapkan dan akan diumumkan apabila ia mula dijual bulan depan.\rPada majlis sama, Nikon turut memperkenalkan lapan model baru barisan Coolpixnya iaitu Coolpix AW 100, Coolpix S6200, Coolpix S 6150, Coolpix S4150, Coolpix S1200pj, Coolpix S 8200, Coolpix S100 and Coolpix P 7100.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|