View: 218|Reply: 0
|
Cereka, animasi jadi keutamaan
[Copy link]
|
|
Mohd Naquib minta tempoh 100 hari untuk perkenalkan pembaharuan di FINAS\rKETUA Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Mohd Naquib Razak yang baru dilantik pada 1 September lalu, menegaskan beliau tetap memberi keutamaan kepada setiap aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri filem cereka dan animasi. \r\n\n\n\n\rKenyataan itu sekali gus mengetepikan persepsi awal terutama di kalangan penggiat industri perfileman, bahawa beliau akan terlalu memfokus kepada dokumentari bersesuaian dengan pengalaman dan latar belakangnya dalam bidang berkenaan. \r\r\n\n\n\n\nPada pertemuan dengan pengarang hiburan daripada media utama iaitu antara tugasan pertamanya sebagai KP FINAS, Mohd Naguib menjelaskan filem cereka juga sebenarnya bukanlah asing, beliau sendiri pernah pernah bergaul dan berkongsi maklumat serta pandangan daripada beberapa karyawan filem terkenal.\rMengakui kurang mendampingi pengarah filem angkatan muda, hakikatnya beliau sering bertemu dengan karyawan filem seperti Adman Salleh, U-Wei Haji Shaari, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Mahadi J Murat.\r“Saya sudah lama bergelumang dengan penerbitan dokumentari. Jadi saya kena kurangkan pasal dokumentari, tetapi memberi tumpuan kepada industri filem cereka dan animasi. \r“Saya sedia bertemu dengan sesiapa saja, termasuk dengan Ahmad Idham. Apa salahnya. Saya juga memerlukan pandangan dan maklumat daripada mereka apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki lagi industri filem kita,” katanya.\r\n\n\n\n\rBelum sampai sebulan Mohd Nagiub menyandang tanggungjawab besar menerajui industri, beliau dapat rasakan ujian dan cabaran besar di hadapan mata, namun pasrah untuk mengharunginya bersama jentera FINAS yang berpengalaman luas.\rSesekali terasa seperti ‘menyesal’ menerima amanah yang cukup berat dipikul, namun lebih besar semangatnya membawa pembaharuan kepada industri.\r“Berilah saya masa, Insya-Allah dalam masa 100 hari akan ada pembaharuan besar yang akan FINAS lakukan terutama dalam memberi kepentingan kepada orang di dalam industri”, katanya lagi.\rMelihat kepada pengaruh yang cukup kuat ke peringkat antarabangsa, misi utama Mohd Nagiub membawa FINAS dan pemain industri mencari peluang memasar produk filem tempatan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, antara perkara yang ingin di dahului seperti peraturan Skim Wajib Tayang dan pelaksanaan Studio Sound Stage FINAS ke tahap lebih profesional.\r“Saya pernah menjadi pembikin filem dan tanggungjawab FINAS adalah untuk memberi peluang dan membawa pembikin filem ini merasai setiap kejayaan baik di negara sendiri mahupun peringkat antarabangsa.\r“Apa saja keluhan, keresahan pembikin filem saya sangat faham kerana sebelum ini saya berhadapan dengan perkara yang sama. Lebih 15 tahun saya bekerjasama dengan FINAS dan tidak terlepas permohonan saya ditolak banyak kali.\r“Sebagai pembikin filem juga, saya ada cita rasa yang tinggi kerana saya cintakan filem baik cereka, animasi mahupun dokumentari. Jadi dalam saya menerajui bahtera FINAS ini saya ingin membawa pendekatan seperti pembikin filem mahukan,\" katanya pada majlis ramah mesra bersama media baru-baru ini.\rHadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Fatimah Ahmad. \rAkuinya juga, selepas membuat kajian dalam beberapa tahun, Mohd Nagiub melihat kunci untuk membuka ruang lebih besar di dalam industri perfileman tempatan adalah melalui kerjasama antarabangsa.\r“Perkara ini sudah saya perjuangkan di dalam dokumentari dengan mengikuti banyak penganjuran festival dan tidak kurang menghadiri majlis penganugerahan berkaitan dokumentari peringkat antarabangsa.\r“Dari situ saya melihat kerjasama memainkan peranan yang penting dan membuka ruang yang paling luas mengembangkan industri kita,” katanya dengan misi membawa lebih banyak dana antarabangsa masuk berbanding keluar tanpa menyumbang kepada industri.\rSebelum ini, atas kepentingan sendiri Mohd Nagiub sudah pun bermula tugasnya mengenal pasti strategi pasaran antarabangsa dan ada perancangan untuk membawa beberapa projek tempatan di kongres antarabangsa, namun sebagai produser yang tidak berpengaruh, beliau merasai dirinya terlalu kecil selain berasakan agak mustahil untuk bergerak secara individu. \r“Sebelum ini pihak antarabangsa mempertikaikan saya, tidak adakah badan kerajaan yang mengambil berat mengenai industri perfileman untuk menghadiri mana-mana kongres atau memasar produk tempatan.\r“Jadi inilah masanya untuk saya membawa nama negara melalui FINAS memberitahu dunia yang Malaysia mempunyai industri perfileman yang tidak kurang hebatnya,” katanya.\rSementara itu, dalam hal berkaitan pelantikan dirinya menyandang kerusi panas itu juga, dia tidak terlepas ditafsir negetif yang akan mencari peluang untuk kepentingan syarikat produksinya.\rBagaimanapun, Mohd Nagiub menjelaskan dirinya sudah tiada kepentingan di dalam syarikat Blue In Green Production Sdn Bhd (BIGP) selepas meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan.\r“Saya memikir dan merenung jauh, saya terpaksa meninggalkan banyak kepentingan di dalam syarikat sendiri dan memulangkan kembali beberapa projek yang belum siap kepada rakan kongsi.\r“Jika ikutkan memang sayang melepaskan projek yang sedang dalam proses, namun selepas memikirkan jauh ke hadapan kadang-kadang kita harus pertimbangkan apa yang kita boleh buat untuk diri sendiri dan apa yang boleh buat untuk kepentingan masyarakat,\" katanya yang mengakui masih muda dan masih berpeluang untuk bekerja di dalam bidang kreatif sekiranya sudah melepaskan kepentingan di FINAS.\rINFO\rKetua Pengarah FINAS terdahulu:\r1. Ismail Zain (1981-1985)\r2. Datuk Mohd Zain Hamzah (1985 -1994)\r3. Datuk Mohd Ahmad (1995 - 2005\r4. Fauzi Ayob (2005 - 2006)\r5. Mohd Mahyidin Mustakim (2006 - 2011)\r6. Mohd Naguib Razak (1 September 2011)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|