View: 121|Reply: 0
|
MAS, AirAsia kerjasama urus kargo
[Copy link]
|
|
KERJASAMA antara MASkargo dan AirAsia Cargo mampu memberi impak positif kepada industri kargo di Malaysia, kata Pengarah Urusan MASkargo, Shahari Sulaiman.\rBeliau berkata, aspek itu bakal dibincangkan secara terperinci serentak kemasukan pengarah urusan baru Penerbangan Malaysia (MAS).\rBeliau berkata, pada dasarnya kerjasama itu dikenal pasti antara usaha yang boleh merancakkan pertumbuhan industri kargo di negara ini sejajar kedudukan MAS dan \rAirAsia sebagai syarikat penerbangan unggul di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\n“Walaupun kami optimis kerjasama ini akan melahirkan pulangan positif untuk kedua-dua pihak dan industri kargo negara, perbincangan rapi perlu bagi menghalusi setiap aspek.\r“Ia pasti menjadi agenda yang akan dibincangkan pengarah urusan baru MAS yang melapor diri hari ini,” katanya pada majlis pelancaran pesawat kargo A330-200F di Sepang semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|