CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Dengarnya...: Suki berbakat dalam rekaan kasut

[Copy link]
Post time 19-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GEMBIRA hati Cik Normah sukar diungkap dengan kata-kata, bibir seksi ini pula tak habis-habis mahu menguntum senyum. Bukan menerima perkhabaran gembira tetapi teruja apabila lebihan duit raya yang masih berada dalam sampul, apabila dikutip balik, dapat juga digunakan untuk membeli dua pasang kasut.\rWalaupun Cik Normah ini kerjanya bukanlah sepopular mana dan hanya menulis kisah perkembangan artis, sedikit sebanyak tempias artis terkena pada tubuh Cik Normah, terutama soal membeli kasut ini. Jangan cemburu kerana setakat ini Cik Normah sudah ada lebih daripada 70 pasang kasut pelbagai jenama, daripada yang murah sehinggalah yang berjenama antarabangsa.\r\n\n\n\n\rBaru-baru ini, Cik Normah bagaikan mahu pitam apabila mendapat tahu artis seperti Suki turut berkongsi minat yang sama dengan Cik Normah, iaitu mengumpul koleksi kasut. Apa yang membuatkan mata Cik Normah seperti dicungkil ialah apabila Suki menceritakan, dia sudah ada ratusan koleksi kasut, daripada yang betul-betul murah hinggalah yang sangat mahal.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, kebanyakan kasut yang menjadi koleksinya itu dibeli di negara ini dan luar negara seperti Taiwan, yang dikatakan lebih murah.\rAlahai, tertunduk sekejap Cik Normah kerana jika Cik Normah beli kasut di luar negara pun, hanyalah di Indonesia. Maklumlah berapa ringgit saja pendapatan Cik Normah.\rMinat Cik Normah ini tidaklah keterlaluan sehingga membeli produk kesukaan di luar negara, tetapi jika mampu apa salahnya, untuk kepuasan diri setelah penat berhempas pulas mencari rezeki.\rBerbalik kisah Suki yang gilakan kasut ini, apa yang mencuri tumpuan Cik Normah apabila Suki bukan saja meminati kasut, malah berbakat besar dalam mereka kasut dalam pelbagai corak terutama kasut tinggi.\r\n\n\n\n\rInspirasi gadis manja seperti Suki dilihat boleh tahan kerana minat melukis rekaan kasut sudah dilakukan beberapa tahun lalu dan kini rekaan istimewanya itu sudah mencecah hampir 100 pasang. Terbeliak mata Cik Normah melihat corak dan gabungan idea yang cuba disampaikan Suki dalam rekaannya itu sehingga ada yang benar-benar seperti rekaan pereka terkenal.\rPemilihan warna dan gaya inspirasi kasut yang diadaptasi daripada sumber alam, rekaan bangunan dan majalah sebagai rujukan dilihat benar-benar menguji kebolehan gadis berusia 21 tahun ini.\rKetawa besar Cik Normah apabila Suki mengatakan dia tidak boleh melukis. \rKatanya, jika dia melukis ayam, pasti tiada ada rupa haiwan terbabit. Alahai Suki, janganlah malu-malu untuk mengakui awak berbakat sebab itu kenyataannya dan Cik Normah sungguh bangga apabila artis muda seperti Suki bukan saja boleh menyanyi malah berbakat dalam mereka kasut.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.048855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list