CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Portfolio: Bursa Malaysia ditutup rendah

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerugian   saham  berwajaran tinggi tolak indeks utama ke paras 1,427.75JUALAN besar-besaran saham  mewah   menjejaskan urus niaga di Bursa Malaysia dan sekali gus mengheretnya untuk ditutup rendah semalam, sehari sebelum cuti Hari Malaysia hari ini.\n\n\n\n  Pada jam  5 petang, petunjuk pasaran utama FBM KLCI jatuh 6.68 mata kepada 1,430.93 selepas dibuka 5.06 mata lebih tinggi pada 1,442.67.\n\n\n\n\n\n  Kerugian dalam saham-saham berwajaran tinggi dan bermodal besar   menolak indeks utama ke paras rendah seharian 1,427.75 selepas mencecah paras tinggi 1,443.51.Sime Darby, yang susut 47 sen kepada RM8, terjejas oleh siasatan Suruhanjaya Sekuriti ke atas 30 peratus pengambilalihannya dalam syarikat pemaju hartanah, Eastern & Oriental Bhd.Ketua Bahagian Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata  trend yang lembap ini dijangka berterusan dengan berita  negatif seperti kegagalan China untuk membantu negara-negara Eropah yang dibebani masalah hutang seperti Itali.“China tidak bertindak seperti yang dijangkakan dan ini telah menjejaskan sentimen pelabur,” kata beliau.\n\n\n\nIndeks Kewangan Bursa Malaysia merosot 70.29 mata kepada 13,337.79 dan Indeks Perindustrian turun 6.85 mata kepada 2,643.10.Indeks Perladangan, bagaimanapun, naik 4.88 mata kepada 7,216.24.Indeks FBM Emas berkurangan 38.55 mata kepada 9,740.33 dan Indeks Mid 70 kerugian 26.89 mata kepada 10,449.25.Indeks FBM Ace, bagaimanapun, meningkat 5.61 mata kepada 3,749.49.Saham  rugi mengatasi saham untung dengan 393 berbalas 291 sementara 296 kaunter tidak berubah, 505 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.Jumlah dagangan berkurangan kepada 729.26 juta saham bernilai RM1.53 bilion daripada 766.82 juta saham bernilai RM1.31 bilion semalam.Antara saham  aktif, Eastern & Oriental naik tiga sen kepada RM1.54, Systech lebih tinggi 1.5 sen kepada 27 sen sementara Tejari Technologies kekal pada 5.5 sen.Saham  berwajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.59, CIMB merosot empat sen kepada RM6.98 dan Petronas Chemicals jatuh sembilan sen kepada  RM6.16.Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 569.66 juta saham bernilai RM1.51 bilion daripada 567.17 juta saham bernilai RM1.28 bilion pada hari Rabu.Jumlah dagangan di Pasaran Ace berkurangan kepada 91.11 juta unit bernilai RM13.34 juta daripada 131.11 juta unit bernilai RM20.77 juta semalam.Waran pula menokok 62.78 juta saham bernilai RM4.43 juta daripada 62.13 juta saham bernilai RM4.23 juta sebelumnya.Produk pengguna menguasai 33.95 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 80.76 juta, pembinaan 35.29 juta, urus niaga dan perkhidmatan 192.16 juta, teknologi 11.94 juta, infrastruktur 18.50 juta, kewangan 57.24 juta, perhotelan 369,800, hartanah 113.88 juta, perladangan  19.34 juta, perlombongan 43,300, REIT 5.16 juta dan dana tertutup 58,200. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058648 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list