CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

PROTON, MMC bangunkan enjin

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerjasama  strategik turut babit pemasangan model terpilih MitsubishiHUBUNGAN antara Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) memasuki era baru apabila kedua-dua pihak kini mengadakan rundingan serius untuk membentuk kerjasama strategik membangun dan mengeluarkan enjin lengkap di Malaysia bagi kereta Proton dan Mitsubishi.\n\n\n\n  Selain itu, rundingan juga dibuat bagi memanfaatkan kemudahan kilang Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam untuk pemasangan beberapa model terpilih Mitsubishi.\n\n\n\n\n\n  Pengarah Urusan PROTON, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir, berkata rundingan itu dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan lagi.“Langkah permulaan adalah memuktamadkan perincian usaha sama (JV) bagi pengeluaran enjin secara ‘in-house’ sepenuhnya. Dalam tempoh dua bulan akan datang kedua-dua pihak dijangka memuktamadkan struktur, JV dan kos pelaburan selain mendapatkan sokongan kerajaan dari aspek insentif dan inisiatif.“Pada masa sama kita akan memuktamadkan kerjasama berhubung pemasangan kereta Mitsubishi sama ada di Tanjung Malim atau Shah Alam,” katanya pada taklimat media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PROTON di Shah Alam, semalam.Hadir sama Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Timbalan Pengurus Besar Korporat Kawasan Asia dan ASEAN MMC, Ryujiro Kobashi.\n\n\n\nSyed Zainal berkata, JV itu akan membabitkan pembangunan dan pengeluaran enjin  sepenuhnya merangkumi proses pada peringkat acuan, mesin dan pemasangan.Kemudahan yang akan dibangunkan di Tanjung Malim itu, katanya akan mengeluarkan pelbagai jenis enjin pada kos kompetitif jangka panjang khusus bagi pasaran tempatan dan eksport.“Enjin itu akan dipasang pada kenderaan Mitsubishi dan Proton, termasuk Proton Global Small Car dan model kenderaan Proton generasi akan datang,” katanya.Beliau berkata, kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat automotif itu juga akan memanfaatkan rangkaian meluas MMC di China dan India dengan mengguna pakai peluang bekerjasama dalam pelbagai aspek termasuk yang berasaskan komponen, pengeluaran enjin dan pemasangan.Kedua-dua pihak juga akan berkongsi penyumberan dengan vendor masing-masing membabitkan pembekalan peralatan dan komponen utama, katanya.Proton dan MMC secara bersama menjalankan kajian daya maju untuk tujuan itu sejak lewat 2010 dan sudah mengenal pasti bidang usaha sama yang boleh memberikan sinergi kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan daya saing global masing-masing.Rundingan terbaru itu adalah lanjutan daripada pakatan perniagaan kedua-dua syarikat itu sejak kerjasama pertama  26 tahun lalu.Menerusi perjanjian pelesenan sedia ada, Proton mengeluarkan Inspira, model sedan empat pintu berasaskan kenderaan MMC.Dalam perkembangan lain, Syed Zainal berkata pengstrukturan semula Lotus akan memberikan tekanan kos kepada PROTON untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.Bagaimanapun, katanya pelaburan itu penting bagi merealisasikan perancangan jangka panjang yang dirangka khusus untuk Lotus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list