CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Dagangan ditutup lebih rendah

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelabur ambil langkah berhati-hati bimbang  Greece mungkir bayar hutang\rBURSA Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah semalam berikutan kebimbangan yang semakin memuncak bahawa Greece mungkin memungkiri pembayaran hutangnya tidak lama lagi. \r\n\n\n\n\r  Pada jam 5 petang, FBM KLCI turun 10.39 mata kepada 1,437.61 setelah dibuka 5.04 mata lebih tinggi pada 1,453.04.\r\r\n\n\n\n\n  Jualan berterusan di kaunter mewah dan saham bermodal besar memberi tekanan menyusut kepada indeks utama itu ke paras terendah semalam pada 1,436.71 setelah mencecah paras tertinggi 1,455.30.\rKetua Peruncitan Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata aliran lemah itu dijangka berterusan memandangkan pelabur menumpukan perhatian kepada Greece.\r“Terdapat tanda jelas Greece akan memungkiri pembayaran hutang-hutangnya pada bila-bila masa tidak lama lagi dan ada juga khabar angin yang mengatakan Greece mungkin menarik diri daripada Kesatuan Eropah,” katanya. \rKetua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pelabur Asia agak berhati-hati mengenai sebarang berita mengenai Eropah dan Amerika Syarikat kerana berita itu mungkin tidak benar. \r\n\n\n\n\rAda juga tanda-tanda dana asing dibawa keluar dari rantau Asia, dan ini menyebabkan pelabur menjual dengan agresif untuk mengelakkan kerugian, katanya.\rIndeks Kewangan Bursa Malaysia turun 63.74 mata kepada 13,408.08, Indeks Perladangan susut 58.65 mata kepada 7,211.36 dan Indeks Perusahaan jatuh 21.96 mata kepada 2,649.95. \rIndeks FBM Emas turun 101.41 mata kepada 9,778.88, Indeks FBM Mid 70 jatuh 198.71 mata kepada 10,476.14 dan Indeks FBM Ace susut 37.33 mata kepada 3,743.88.    \rSaham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 583 berbanding 163 manakala 280 kaunter tidak berubah, 463 tidak diniagakan dan 29 digantung urus niaga.     \rJumlah dagangan bertambah kepada 766.82 juta saham bernilai RM1.31 bilion daripada 727.19 juta saham bernilai RM876.45 juta kelmarin.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053008 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list