View: 146|Reply: 0
|
Sony lancar Playstation Vita
[Copy link]
|
|
SONY Corp akan melancarkan produk terbarunya, Playstation Vita (PS Vita) pada 17 Disember depan di Jepun sebagai permulaan pelancaran seterusnya di peringkat global. Syarikat itu bagaimanapun bertegas bahawa mereka tidak akan mengurangkan harga peranti permainan mudah alih itu walaupun pesaingnya, Nintendo sudah melakukannya menerusi pemberian diskaun kepada pengguna.\n\n\n\nSony dikritik kerana meletakkan harga terlalu tinggi pada alat permainan itu tetapi penganalisis berpendapat gajet itu tetap menjadi pilihan peminat tegar permainan video yang tidak kisah berbelanja lebih.\n\n\n\n\nPresiden Sony Computer Entertainment Japan, Hiroshi Kawano telah membentangkan pelan pelancaran domestik kepada wartawan iaitu sehari sebelum bermulanya Tokyo Game Show.PS Vita yang pertama kali didedahkan di Tokyo Januari lalu, dijangka dijual di Amerika Syarikat dan Eropah pada awal tahun depan, namun tarikh sebenar masih belum diketahui.Sony berkata, ia akan melancarkan 26 jenis perisian bersama-sama PS Vita pada 17 Disember depan dan NTT Docomo, pembekal telefon bimbit terbesar di Jepun juga akan membekalkan pelan prabayar 3G kepada pengguna PS Vita.Pesaingnya, Nintendo menurunkan harga untuk peranti permainan mudah alih keluarannya sehingga 40 peratus kepada AS$195 (RM593.79) bulan lalu. \n\n\n\nIa dibuat selepas produk itu mengalami jualan yang tidak memberangsangkan dan turut memperkenalkan beberapa perisian baru kelmarin dalam usaha menarik minat pembeli.Bagaimanapun pelabur berkata, kewujudan telefon pintar dan tablet sudah mengambil alih sebahagian besar permintaan terhadap peranti permainan mudah alih dengan menawarkan perisian yang lebih murah dan fungsi yang pelbagai.Sony berkata, pada Ogos lalu, ia melihat tiada keperluan untuk mengurangkan harga PS Vita sebaik mengumumkan harga peranti itu iaitu AS$325 (RM989.654) bagi model WiFi saja dan AS$390 (RM1,187.59) untuk versi WiFi dan 3G.Namun begitu, syarikat itu menurunkan harga konsol permainannya, PS3 sebanyak 20 peratus daripada harga asal untuk meningkatkan jualan bagi mengatasi pesaingnya, Microsoft yang menghasilkan Xbox. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|